About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label pokok bunga. Show all posts
Showing posts with label pokok bunga. Show all posts

Sunday, 16 June 2013

Mahu Seribu Daya

As-salam.

Pada hari Jumaat lepas Mak Aji ke Taman Melati untuk temu janji bekam dengan seorang tukang bekam wanita. Usai bekam Mak Aji dan anak dara ke warung untuk makan. Selepas makan kami menunggu di luar Masjid Salahuddin al-Ayyubi sementara jemaah keluar setelah selesai solat Jumaat. Dalam perjalanan ke tandas wanita Mak Aji ternampak perkarangan masjid dipenuhi pokok-pokok bunga serta tanaman rumah lain seperti serai, pokok pisang, daun kesum serta pokok bunga! Saksikan:

Tanaman dedaun yang ditanam dengan medium air dan digantung pada kekisi!
Diikat pada batang  paip yang menegak! 
Harum sundal malam di salah satu tiang masjid.
Memang unik bunga pada pokok melilit ini, juga dekat dengan tiang masjid.
Di pangkal pokok ada tanaman lain.
Pokok herba dan pokok bunga disusun kemas berderet, bagaikan di rumah.
Salah satu jenis bunga yang menghias kawasan luar masjid!
Mak Aji agak tamanam semua ini diusahakan oleh kakitangan masjid yang memang suka bertanam. Agaknya dia tidak mempunyai kawasan bertanam di rumah sendiri, jadi minat tersebut dizahirkan tempat dia bekerja!!




Sunday, 12 August 2012

Pagi yang Nyaman

Dalam cuaca panas sejak kebelakangan ini, pokok memerlukan siraman dua kali sehari, sekali pagi dan sekali petang. Malangnya seringkali waktu petang Mak Aji jarang berkesempatan sebab sibuk di dapur menyediakan juadah berbuka. 

Sebenarnya Mak Aji sedikit takut untuk keluar ke laman pagi-pagi ekoran insiden bertembung dengan monyet garang bebarapa minggu lepas. Selepas anak Mak Aji membaling mercun bola ke arah monyet (maaf ya, main mercun bola - entah dari manalah anak-anak Mak Aji beli?) untuk menakutkannya, monyet sudah tidak kelihatan lagi. Buah-buah mangga pun kelihatan selamat, walaupun dahan-dahannya agak meluyut sebab ditarik monyet. Harap-harap begitulah.

Berikut foto yang sempat dirakam pagi ini:

Cantik bunga putihnya.
Tidak pernah sangka pokok pagar ini berbunga! Ini bunga kali pertama
Pokok ini juga mahu juga berbunga. Lihat bunga kecilnya yang putih!
Ini bunganya dari dekat - sedikit seperti bunga kunyit.
Salah satu pokok puding yang diambil dari kampung Pak Aji. Pun berbunga juga!
Ini bunga (atau buahnya??) dari dekat.
Ini pula sejenis kaktus. Belum berbunga sejak Mak Aji pindah ke rumah sekarang. Bunganya memang unik - kelopak bersegi-segi, warnanya merah darah ikan dan dengan manik perak di tengahnya. Lalat suka hurung - distant cousin of  the rafflesia, he he!!

Selamat bertanam! Biar kita sahaja berpuasa, jangan pokok juga berpuasa (mengingatkan diri sendiri!).



Friday, 23 March 2012

Laman Lagi

Agak lama tidak merakam foto-foto terkini laman. Petang ini sempat berbuat demikian. Di belakang rumah pokok betik sedang galak berbuah. Tidak lama lagi banyaklah betik yang masak ranum! Pokok pisang ada dua tandan lagi yang belum ditebang. Selebihnya pokok pisang (kecuali serumpun yang akan dikekalkan) akan dikorbankan untuk memberi jalan bagi pembikinan kawasan untuk mencuci dan menyidai kain baju. Selepas ini baik hujan atau panas kain baju akan selamat daripada kebasahan. 

Murah rezeki kami!! Alhamdulillah!
Di hadapan rumah pula pokok mangga sedang berbuah dan ada juga yang sedang masak di pokok - insya-Allah akan manis luar biasa! Walaupun saiznya tidaklah sebesar mana tetapi manisnya masya-Allah!!

Mangga tunggu masak - esok lusa boleh petik                                         
Mangga masak di pokok!
Berikut pula foto pokok-pokok bunga, cili api serta dan daunan lain di laman. Layannn ........ :

Anting-anting puteri
Anting-anting puteri lagi
Pokok daunan
Cili api masak merah.
Pucuk baru - nampak semut tak?
Pokok daunan
Pokok daunan
Herba apa entah yang dibawa balik oleh Pak Aji
Ibu dan anak ayam yang baru menetas
Ibu dan anak ayam lagi
Kemboja Jepun berbunga nan sekuntum.
Cili api
Pokok daunan
Pokok daunan
Pokok kenanga galak berbunga
Nampak tak ladybird tu??

Saturday, 13 August 2011

Tumbuhan Pembersih Udara

Ingin dikongsi bahan yang dibaca daripada Mercola.com untuk manfaat bersama. Dikatakan terdapat beberapa jenis tumbuhan yang dapat membantu kita membersihkan udara daripada toksin, terutamanya di dalam rumah. Tumbuhan seperti ini dikatakan dapat menapis udara di dalam rumah daripada toksin dan partikel berbahaya. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa tumbuhan juga dapat melindungi kita daripada kesan radiasi elektromagnetik.

Tidak semua tumbuhan ini ada di negara kita (rasa-rasanya, sebab tak pernah tengok?) tapi yang ada tu, bolehlah kita manfaatkan untuk tujuan ini. Berikut tumbuhan-tumbuhan tersebut:

  1. Feston Lily Plant
  2. Devil's Ivy
  3. Phalaenopsis
  4. English Ivy
  5. Parlor Ivy
  6. African Violet
  7. Christmac Cactus
  8. Yellow Goddess
  9. Garlic Vine
10. Peace Lily

Berikut gambar-gambarnya:

                                                    
                                                       
     

      

              

      

                                               
                                      



                             




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...