About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday, 12 August 2012

Pagi yang Nyaman

Dalam cuaca panas sejak kebelakangan ini, pokok memerlukan siraman dua kali sehari, sekali pagi dan sekali petang. Malangnya seringkali waktu petang Mak Aji jarang berkesempatan sebab sibuk di dapur menyediakan juadah berbuka. 

Sebenarnya Mak Aji sedikit takut untuk keluar ke laman pagi-pagi ekoran insiden bertembung dengan monyet garang bebarapa minggu lepas. Selepas anak Mak Aji membaling mercun bola ke arah monyet (maaf ya, main mercun bola - entah dari manalah anak-anak Mak Aji beli?) untuk menakutkannya, monyet sudah tidak kelihatan lagi. Buah-buah mangga pun kelihatan selamat, walaupun dahan-dahannya agak meluyut sebab ditarik monyet. Harap-harap begitulah.

Berikut foto yang sempat dirakam pagi ini:

Cantik bunga putihnya.
Tidak pernah sangka pokok pagar ini berbunga! Ini bunga kali pertama
Pokok ini juga mahu juga berbunga. Lihat bunga kecilnya yang putih!
Ini bunganya dari dekat - sedikit seperti bunga kunyit.
Salah satu pokok puding yang diambil dari kampung Pak Aji. Pun berbunga juga!
Ini bunga (atau buahnya??) dari dekat.
Ini pula sejenis kaktus. Belum berbunga sejak Mak Aji pindah ke rumah sekarang. Bunganya memang unik - kelopak bersegi-segi, warnanya merah darah ikan dan dengan manik perak di tengahnya. Lalat suka hurung - distant cousin of  the rafflesia, he he!!

Selamat bertanam! Biar kita sahaja berpuasa, jangan pokok juga berpuasa (mengingatkan diri sendiri!).



2 comments:

  1. assalamu'alaikum Mak Aji
    bunga-bunga yang cantik! masya Allah!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Alhamdulillah dengan sedikit kawasan di rumah dapatlah bertanam serba sedikit, almaklumlah sudah berpencen (pilihan), adalah banyak waktu terluang!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...