About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 21 October 2013

Layan Diri Lagi

As-salam.

Sesekali tentunya kita perlu melayan diri kita sendiri bukan! Untuk Mak Aji dan juga tentunya rakan-rakan bertanam sekalian peluang ke nurseri cukup bermakna apa lagi jika ada sahaja 'hadiah' yang dibawa pulang! Sepanjang sesi melayan diri hari ini selama beberapa berakhir dengan Mak Aji membawa pulang beberapa jenis tanaman/pokok berikut:

Terjumpa jenis lili ini, jatuh cinta, terus sambar!
Dapat juga dibawa pulang hydrangeas versi berdaun hijau tua, keras dan tebal
serta berbunga seperti di bawah! Cuba bandingkan dengan
versi yang belakang yang sedia ada.
Ini bunganya untuk jenis berdaun hijau tua, keras dan tebal itu.
Empat jenis ati-ati untuk projek sempadan.
Mak Aji juga terpaksa beli lagi pokok pudina kerana pokok sedia ada hampir mati kerana ditinggalkan beberapa hari semasa balik kampung. Pokok harum sundal malam juga akhirnya diperoleh juga (Ibu Qis, Mak Aji pun dah dapat juga, he he!).  

Terjumpanya juga pokok hydrangeas versi sama dengan yang Ina Garten dalam (foto ketiga dari atas) Barefoot Contessa di Astro tanam di lamannya dan pernah dipetiknya untuk gubahan di meja makan - cemburu di hati melihatkan bergugus-gugus bunganya yang cantik itu!

Cantik kan, bunga dalam bunga ni! Ini bunganya dan di bawah pokoknya.
Ini pokoknya (dah lama terimngin sebab suka warnanya dan mudah diperbanyakkan - kerat batang sahaja).
Pokok harum sundal malam di kanan dan pokok pandan (Mak Aji minta secara percuma dengan wak tukang jual!).
Pokok pudina (atas) serta sepokok jenis keladi.

Semasa di nurseri juga Mak Aji bertanyakan tentang berapa harga pokok seperti di bawah ini dengan saiz yang sama. Jawapannya RM85! Wah, sudah bagus, pokok-pokok ini Mak Aji beli dahulu baru RM25 sepokok tetapi saiznya jauh lebih kecil!

Di kanan pintu pagar (luar).
Di kiri pintu  pagar.
Last but not least Mak Aji satu pasu yang agak special sedikit seperti berikut:

Pasu jenis ini boleh diletak di dalam rumah, diisi air dan nyamuk tidak boleh membiak di dalamnya!  



18 comments:

  1. Salam Mak Aji.

    Shopping penuh satu trolley ya.
    Tahun ni belum jejak lagi kaki dekat nursery Sungai Buloh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      He he, macam lepas dendam eh, macam yalah tu. Hush hush, Pak Aji takde, dia gi beraya ngan anak2 di Surabaya, tu yang layan diri sakan tu! Diana x payah ke nurseri sebab rumah pun dah jadi nurseri! Teringin nak gi rumah Diana tapi sibuk ngan baby.

      Delete
    2. Hehehe Pak Aji tak de rupanya. Diana ni makin gelap asyik berjemur potong rumput.

      Delete
    3. Salam Diana,

      Time dia takde kena buat projeklah (yang mungkin tak dapat kelulusan kalau dia ada, he he!). Alahai Diana, jangan banyak sangat berjemur tu!

      Delete
  2. As Salam Mak Aji....suka pasu yg last tuh.....:) and ofkos..sapa tak suka hydrangea.....suka sgt2.....semoga semua pokok2 ni hidup sihat & subur.....insyaAllah...Happy Gardening,Mak Aji....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynna,

      Sebab tu last photo, save the best for last! Tengok hydrangeas tu terbayang nak buat macam Ina tu, petik banyak2 tangkai buat centrepiece utk meja makan, comey!! (beli sepasu je berangan lebih!).

      Delete
  3. wah mak aji banyak betul bawak balik hadiah...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      He he, hadiah untuk diri sendiri! Seronok sangat!

      Delete
  4. seronoknya ada laman yg luas..mcm2 boleh sumbat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Takdelah juga, kadang2 kalau Pak Aji ada dia jadi kastam - apa yang boleh bawa balik, apa yang tak boleh. Sekarang dia takde, jadi semuanya boleh aja, asal suka, he he!! Bila pokok dah ada kat rumah, dia xleh kata apa!

      Delete
  5. sangat cantik pasu yang last sekali tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aizamia,

      Mak Aji pernah ternampak pasu ni kali akhir singgah situ dulu tapi lupa nak tanya dah balik dulu. Kali ni teringat, terus tanya dan bawa balik.

      Delete
  6. Salam Mak Aji,
    berminat dengan gambo yg terakhir, rasanya sgt sesuai dgn teknik hidroponik, ni tak malu nak Tanya Mak Aji, berapa harga satu pasu tu....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Pasu tu bukan kaca, acryllic sebenarnya. Kalau ikutkan dia letak harga RM38 tapi belum tawar ke apa terus cakap RM18. Agaknya dia dah biasa sangat tengok muka Mak Aji kat situ.

      Delete
    2. wow! jaunya beza harga, syg betui toke tu kat Mak Aji...hehehe

      Delete
    3. Salam Rose,

      Harga tu buat gempak aje tu, x tawar pun dah jatuh menjunam! Taktik berniaga, biasalah! Kalau ada org kat nurseri sayang kita alamat memang Pak Aji tak lepaskan Mak Aji pergi lagilah, he he!!

      Delete
  7. assalam makji,
    wah banyak tul yg cantik2 tuh sebagai hadiah tuk diri kan..hmm bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Siapa lagi kalau tak kita sendiri yang benar2 tahu apa yang kita benar2 suka. Kalau harap orang beri hadiah, asyik termiss saja, sipi2 saja, kurang tepat apa yang nak dengan yang kita dapat!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...