About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday, 8 October 2013

Projek 'Menganggur'

As-salam.

Pokok anggur yang sudah ditanam sekitar dua tahun lepas sudah tiga kali berbuah, namun dek kerana kelalaian Mak Aji, juga dek kerana faktor ketidaksesuaian para anggur, maka buah anggur jatuh ke bumi tanpa disedari mahupun dinikmati! 

Akhirnya, dek kerana niat untuk benar-benar memanfaatkan pokok yang sudah seharusnya membuahkan hasil untuk dinikmati, Pak Aji membuatlah sedikit perluasan pada pergola sedia ada - khusus untuk anggur, yang paranya jarang-jarang agar apabila berbuah nanti, insya-Allah dapatlah kami lihat dengan jelas (harapnya nanti berjuntai-juntailah buahnya!!)

Ini dia perluasan yang dimaksudkan itu, dengan menggunakan kayu sedia ada di laman:

Tambahan di sisi pergola asal, khas untuk anggur. Batang anggur yang di tengah-tengah bawah foto. 
Sebelum pokok anggur yang menjalar di angkat naik ke rumah barunya, hampir semua daunnya dibotakkan dan ranting-ranting yang masih hijau juga dipotong. Yang tinggal hanya batangnya yang sudah keras sahaja. Mak Aji sudah mengamalkan petua Rose dari blog Semua Menjadi ni, harap-harap akan benar-benar menjadi nanti ya, insya-Allah!!




2 comments:

  1. dah makin besar rumah dia.. semoga projek 'menganngur' mak aji menjadi n berbuah lebat.. pasni mak aji kena selalu alert la yer, takut terlepas lagi..hihi

    ReplyDelete
  2. Salam Cik Siti MAR,

    Sebenarnya tak sebesar mana, cuma lantai para ni terdiri daripada besi jarang-jarang dan memang kami boleh lihat batang dan daun-daunnya nanti, tentunya buahnya nanti juga, insya-Allah! Selepas ni kena keraplah menghendap anggur ni, he he!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...