About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 28 October 2013

Hati Gumbira Tidak Terkata!

As-salam.

Kami kembali ke rumah dari menziarah anak cucu di Skudai, Johor sekitar jam 5.30 petang semalam. Usai membawa barang-barang masuk ke rumah, Mak Aji mula melawat kawasan laman dan berasa cukup teruja apabila disambut pulang dengan ini!:

Cuba teka!!
Ada lagi....
Dan lagi.....
Dan lagi.....

Akhirnya, alhamdulillah pokok anggurku berbuah lagi dan insya-Allah kami dapat melihatnya dan insya-Allah akan dapat merasanya nanti! 

Pagi ini Pak Aji mengejek Mak Aji apabila Mak Aji memaklumkan bahawa Mak Aji rasa pokok anggur berbuah. "Mimpi ke??" katanya!

Nampak gaya mimpi sudah menjadi kenyataan! Terima kasih banyak-banyak Rose dari blog Semua Menjadi kerana memberi petua agar anggur berbuah! 




8 comments:

  1. Assalam Mak Aji,

    tahniah...saya yang tgk ni pun berbunga2 hati tgk anggur mak aji berbuah. Bagus betul tips yang rose bagi tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      He he, seronok, kan! Jom tanam anggur! Kalau Ibu Qis perasan, kat tepi jalan sebelah kiri setentang dengan Hospital Sungai Buloh, sebelum simpang masuk ke hospital kusta tu, kat bawah pokok ada orang jual anak anggur. Kami beli kat situ dulu. Alhamdulillah menjadi petua Rose tu!

      Delete
  2. wahhhh...seronoknya kak....saya tak pernah tengok pokok anggur kat Malaysia ni...huhuhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Da,

      Memang seronok Da, dah beberapa kali berbuah dah tapi akak tak nampak, tau2 je ada buah yang dah busuk berterabur kat bawah pergola, belek2 anggur, nak nangis! Bila dah buat para baru, letak besi jarang2, baru nampak buahnya! Insya-Allah akan ada updatenya nanti ya, tungguuuu!

      Delete
  3. Salam Mak Aji,
    tahniah la, lepas ni boleh makan anggur puas-puas la pulak, dah berbuah kena tau pulak camna nak bagi buah anggur jadi manis...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Terima kasih Rose kerana petua yang alhamdulillah benar2 menjadi! Oh ya ke, ni kena menuntut lagi ngan sifu ni, he he!! Rose kena buat entri khusus untuknya!

      Delete
  4. salam makji,
    orang yang membaca nie pun tumpang gembira mendengarkan berita nie.hmmm bestnya dpt makan anggur dr laman sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      He he, penat berjalan jauh semalam terus hilang bila tengok buah anggur tu! Insya-Allah harap2 begitulah kali ini (selepas beberapa kali gugur saja2).

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...