About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 28 October 2013

Nostalgia Buah Kemunting

As-salam.

Pokok kemunting yang dipamerkan oleh Rose dalam blog Semua Menjadi cukup menggamit nostalgia. Arwah ayah Mak Aji pernah bertugas sebagai guru di S.K Tok Bali, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan semasa Mak Aji masih kecil. Pada ketika itu setiap pagi arwah perlu memandu ke Semerak terus ke tempat untuk menaiki perahu. Setelah berperahu dia terpaksa pula berjalan kaki untuk sampai ke sekolah. Sepanjang-panjang berjalan kaki ke sekolah terdapat begitu banyak pokok kemunting tumbuh meliar! Sesekali kami mengikut arwah ayah ke sekolahnya dan kami membawa baldi untuk mengisi buah kemunting. Arwah mak akan menghasilkan jem kemunting yang to die for! Masih terasa kesedapan jem tersebut! 

Dek kerana itulah apabila ada sahaja pokok kemunting Mak Aji terus sambar sahaja! Pada lewat pagi ini kiriman daripada Rose tiba. Kirimannya termasuklah juga benih bayam malabar, sambung nyawa ungu, biji benih sawi bunga, petola bantal, timun betik, kangkung serta durian Belanda! Terima kasih banyak-banyak Rose! 

Untuk manfaat mereka yang belum pernah melihat buahnya ini dia:

Buah kemunting
Sumber foto:  ibujunes.blogspot.com


Seronoknya! Petang ini kenalah Mak Aji tinjau di mana agak-agaknya tempat kemunting akan ditanam. Begitu juga dengan benih-benih lain ini. 



6 comments:

  1. nostalgia betul...dah berpuluh th tak jumpa buah ni...sedapnya dikutip kat pokok masa kecik2 dulu....terus makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Mak Ajipun sama juga! Betul tu, yang pernah Mak Aji kutip dulu jauh lebih besar dan ranum berbanding yang di dalam foto atas! Sedapnya!

      Delete
  2. Salam Mak Aji,
    Harap-harapnya pokok kemunting tu subur membesar dan mak Aji boleh buat jem dan jamu anak cucu dgn jem tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Amin, harap2 begitulah hendaknya!

      Delete
  3. Replies
    1. Salam aizamia3,

      Ni pun nostalgia punya pasallah ni dok usaha cari dan tanam! Tiap kali balik kampung dok tinjau aje dalam semak, kut2 ada tapi tak pernah nampak lagi dah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...