About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 30 October 2013

Tamu yang Tidak Diundang!

As-salam.

Pokok ceri yang besar di tanah sebelah hadapan rumah terbukti mengundang tamu yang tidak diingini. Pokok ini sedang berbuah lebat sekarang dan laman Mak Aji bertaburan dengan buahnya yang ranum - itu yang disukai sang monyet. Lihatlah aksinya:

Ada aku kisah harga gula naik???
Jom main enjut-enjut!
Aku tak payah beli gula, ceri ini sudah cukup bagiku!
Tinggi sangatlah pulak kau ya!
Sebelum memanjat pokok ceri sempat dia main cak cak dengan Mak Aji sebelum Mak Aji cabut masuk ke dalam rumah:

Menyorok di belakang kerusi batu.
Lari untuk memanjat pokok ceri.
Catatan: Empat foto atas diambil dari dalam rumah sahaja - takut nak keluar dah!




2 comments:

  1. Assalam makji,
    dekat umah makji banyak cik nyet nie yer..bahaya jugak tuh kang kalu masuk umah terkurung..mmg padahlah..takut lak depa nie dtg curi anggur makji..hhehee

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Ummuaidan,

    Cik nyet ni sebenarnya dah lama tak datang. Sekarang ni musim buah agaknya itu yang mereka datang tu, kurang2nya pokok ceri kat depan rumah tu berbuah lebat dan tengah ranum pulak tu. Itu yang bila nampak aja mereka ni masuk rumah dan tutup tingkap takut mereka masuk! Oh tidak, jangan anggurku!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...