Kalau Diana dari blog KBB menyebut pada Mak Aji yang pokok Disembernya terus keluar bunga tanpa berdaun pun, Mak Aji pun berharap yang sama juga. Walau bagai manapun, nasib Mak Aji tidak sebegitu baik sebab yang tumbuh ialah daunnya dahulu dan bunganya entahlah bila agaknya (tumbuhlah Disember nanti ya!!)
Berikut rupa pokoknya. Anak pokok belum kelihatan lagi tetapi pokoknya kelihatan agak subur jugalah. Harap-harap mahulah dia beranak pinak kerana apabila banyak nanti mahu juga Mak Aji siapkan flower bed untuknya (berangan-angan jangan tidak!):
Pokok Disember tunggal. Harap cepatlah dia membiak. |
Untuk manfaat mereka yang belum pernah lihat bunga daripada pokok ini, layanlah foto berikut:
Cantik, kan!! |
mcm lebih kurang pokok umah mak sy..tunggal mcm ni lah...mcm daun kunyit kan...
ReplyDeleteSalam Nadia,
DeleteOh ya ke! Ya, macam daun kunyit, cuma sedikit beralun. Dah berbunga ke pokoknya??
dah tanya mak sy...dia pun tak ingat...macam tak pernah berbunga pun
DeleteSalam Nadia,
DeleteTak pernah berbunga?? Alamak, janganlah yang Mak Aji punya pun macam tu jugak! Harap2 janganlah begitu!
salam makji,
ReplyDeletepokok nie nama pokok disemmber yer ..ingat apa advance update ker..heheh...agaknyer lah kan berbunga bulan december jgk tuh..:)
Salam Ummuaidan,
DeleteItulah nama yang orang seberang panggil pokok ni sebab kata mereka pokok ni berbunga pada bulan Disember. Jangan tak berbunga Disember ni sudah! Yang Diana KBB punya tak tunggu Disember pun berbunga jugak!
InsyaAllah berbungalah nanti. Bunga ni mudah tak perlu dibelai senang hidup.
ReplyDeleteSalam Diana,
DeleteHarap2 begitulah hendaknya! Itu yang nak dengar tu, x payah layan sangat dia ni!