About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 17 October 2013

Tiger Orchid yang Menawan Hati!

As-salam.

Destinasi terakhir kami sebelum bertolak balik ke KL setelah beraya di kampung sejak Sabtu lepas, rumah bapa saudara (Cik Pa - Haji Mustapha) di Wakaf Che Yeh. Masuk sahaja le lamannya redup dan nyaman terasa dengan kawasan lamannya yang terjaga rapi. Yang paling memikat hati, pokok tiger orchidnya yang sedang galak berbunga - centrepiece di lamannya!! Mari Mak Aji kongsikan:

Tiger orchid yang beraya haji!
Saiz kelopaknya cukup besar, cantik sekali!!
Ini pokoknya, ditanam di tanah!
Tiger orchid Mak Aji masih di pasu besar, belum pun ditanam di tanah sebab kekangan ruang. Nampak gaya Mak Aji kenalah tinjau-tinjau lagi sekitar laman, kalau-kalaulah boleh diperuntukkan ruang untuknya di tanah agar membesar dengan sebesar dan sesubur ini dan yang penting sekali agar berbunga semeriah ini!!



16 comments:

  1. Kalau halaman luas macam rumah Mak Aji boleh tanam orkid ini. Keluarga kakak panggil orkid kelapa tak tahu kenapa. Biasa memang bila atas tanah dia membiak dan bila berbunga meriah macam ini. Cantik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Laman tak seluas mana sebenarnya. Mak Aji saja simpan kosong bahagian tengah sebab kalau buat kenduri tu biasanya khemah dipasang di laman sahaja. Setakat ni 6 biji khemah saiz 20x20 muat2 aja. Itupun ada buah mangga yang gugur bila khemah dipasang! Memang masya-Allah cantik sekali bunga ni, geram menengokkannya! Orkid kelapa ya, baru pertama kali dengar nama lain tu!

      Delete
  2. saya panggil orkid gajah sbb pokoknya besar dan bunganya tahan lama,kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Oh dah ada dua dah nama dia! Tak tahu pulaklah yang bunganya tahan selama mana. Kalau orkid biasa pun berminggu juga tahannya.

      Delete
  3. Selamat hari raya aidil adha.cantiknta tiger orchid ni!!!brapa lama bunga dia dpt tahan?meriah n ceria.wah bestnya dpt blk raya kat kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam raya Ju,

      Kurang pastilah pulak tapi kalau orkid biasa mahu tahan beberapa minggu juga. Best memang best balik kampung, cuma yang tak best makan jam banyak sangat!

      Delete
  4. The tiger orchid is stunning and so big. Thanks for sharing this beautiful orchid.
    Mary

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mary,

      Oh yes the blooms are really big and beautiful. My very own tiger orchid has yet to produce any flowers.

      Delete
  5. salam makji
    besarnya pokok orkid rimau nie kan..nak kena pun kawasan luas jgk nak tanam nie..kalau kat sini boleh dpt teringin jugak nak tanam..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Memang besar pokoknya, tapi yang pertama kali Mak Aji tengok di Colmar Tropicale yang sekarang dah bertukar nama ke Berjaya Resort ke apa tu, saiznya memang amat besar, adalah berbelas kaki tingginya dan juga begitu banyak dan besar sekali bunganya. Sayangnya ketika itu takde digital camera pun lagi, main Kodak aja, foto pun entah kat mana dah. Jom kita tanam, tengok sapa punya yang berbunga dulu!

      Delete
  6. fuh.. kalau mak teman nengok ni gerenti dia sukaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tenku Butang,

      He he, entah2 kaum bapa pun suka!

      Delete
  7. salam mak aji...cantik betul orkid mekar sempena raya haji ni....subur pulak tu..ada sy tengok satu rumah ni tanam orkid direct ada tanah..memang meriah berbunga dan pokok nya besar dan tinggi..mungkin keadaan tanah yang sesuai....cuba lah mak aji...tanah umah mak aji elok..mesti subur mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Itulah dia, geram tengok subur bukan main bila tanam kat tanah. Sekarang masih dok tinjau2 lagi ni, belum decide nak boh kat mana, big boss pun takde seminggu, kena dapat kelulusan dulu tu!

      Delete
  8. Subhanallah... cantik! Saya dulu suka tanam orkid... tapi sekarang dah tak terjaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mazatul,

      Memang cantik bunga, cuma kata tuan punyanya pokok ni kuat merajuk, bila dipetik tangkai bunganya terus merajuk tak berbunga tahun selepas itu. Tahun berikutnya baru berbunga lagi! Kuat merajuk rupa2nya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...