About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 11 October 2013

Kejutan di Pagi Hari

As-salam.

Dalam entri yang lepas Mak Aji bercerita tentang pokok tanduk rusa dan Mar dari blog Suka-suka  ada menyebut yang cik ular suka bertenggek di 'mangkuk' pokok itu. Baru semalam terasa seriau akan haiwan merayap ini, sebentar tadi dia muncul!! 

Semasa Mak Aji ingin menyiram pokok-pokok kaktus di sudut kaktus, Mak Aji perasan ada benda bergerak-gerak di tembok sebelah pokok kaktus. Apabila diteliti kelihatan kepala cik ular bergerak-gerak dan badannya bertenggek di tembok itu! Mak Aji menjerit memanggil Boy (yang kebetulan sudah bercuti raya dan ada di rumah). Mak Aji seal off pintu ke beranda dengan kain alas kaki agar benda itu tidak masuk ke rumah pula! Setelah memberi apa-apa arahan yang patut, Mak Aji duduk sahaja di dalam rumah dan menjenguk sekali-sekali sementara Boy 'bertarung' dengan cik ular di beranda! 

Setelah beberapa minit, Boy masuk dan katanya, "Dah, dah takde, tadi benda tu nak datang kat Boy, Boy ketuklah dan baling ke luar pagar, landing atas bumbung rumah orang belakang (tanah orang sebelah belakang rendah), pastu tengok dah takde!" (dalam pada tu habis berterabur pasu-pasu bungaku!)

Lega rasanya tetapi lutut Mak Aji belum hilang gigilnya! Inilah rupa cik ular tu (tak sempat capai kamera kali ni, takut weh!):

Semacam inilah ularnya, cuma warnanya sedikit coklat
menggantikan yang putih itu.
Sumber foto:  http://id.wikipedia.org/wiki/Ular_pucuk

Dalam pada menggigil-gigil lutut pokok kaktus masih juga disiram (gagahkan juga) dan selepas itu terus masuk ke rumah. Nasib baiklah malam tadi hujan, boleh rehat menyiram pokok pada hari ini! Biar sempat hilang gigil ini!



10 comments:

  1. Replies
    1. Salam Rose,

      Boleh tahanlah ngerinya sebab semasa Boy dok nak jolok dia turun dari tembok tu dia meluncur turun dari kayu panjang tu jatuh ke lantai, nak diterkamnya Boy tu, Mak Aji terus cabut masuk ke dalam, pastu jenguk dari tingkap aje!

      Delete
  2. Assalam Mak Aji... alahai ... kalau saya pun lari gak ketaq lutut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Baru semalam dok sebut, kan! Buat terkejut orang tua ni pagi-pagi!

      Delete
  3. Salam mak aji,
    seram plak dgr ceta psl ular ni. Kalau bird nest fern pun dia suka tenggek kat sana ker? susah hati nak gardening mcm ni :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dya,

      Betul jugak tu. Kalau lipan bawah pasu biasalah jumpa. Katak pun ya, cacing pun biasa. Ular yang tak tahan ni! Mak Aji rasa dia menjalar ikut para kacang botor tu, itu yang naik sampai ke atas tembok, x jauh dari para tu. Pun ada dengar cerita, nak petik kacang botor hampir terpegang cik ular ni, eei!

      Delete
  4. salam makji,
    heee takutnya walaupun ulaq pucuk..kalau saya dah lari tak cukup tanah dah tu..mesti siap risau2 takut dtg balik ..uhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Mak Aji memang takut benda tu, pantang tengok benda yang panjang aje terbayang benda tu! Dah 2 kali dah terserempan ngan benda ni. Harap2 takdelah lagi. Nak kena cari belerang untuk tabur keliling rumah sebab kata orang benda tu tak suka bau belerang!

      Delete
  5. Salam perkenalan... saya memang x suke jumpa ular ... geli geleman.. isk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mazatul,

      Memang geli dan menakutkan juga. Yang tempoh hari agak garang juga dia walaupun ular pucuk, nak diterkamnya anak Mak Aji tu, kelamkabut dia melompat, habis pasu Mak Aji jadi mangsa!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...