About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label mexican petunia. Show all posts
Showing posts with label mexican petunia. Show all posts

Sunday, 12 October 2014

Hasil Tangkapan Semalam

As-salam.

Salah satu pokok Mak Aji yang berada di pintu pagar, pecah pasunya. Maka (dengan suka hatinya!) Mak Aji 'terpaksa' ke nurseri untuk mencari ganti. Alang-alang ke nurseri takkan beli pasu sahaja, bukan?! 

Harga pasu boleh tahan mahalnya (fahamlah pasu naik lori, minyak mahal! Isyyy!!) dan Mak Aji beli hanya sebiji sahaja. Dalam proses mengintai-ngintai pokok (di sebuah nurseri berhampiran Hospital Sungai Buloh) maka terlihatlah Mak Aji akan pokok bunga ini di dalam longkang (mengharap dapat percuma!) dan yang di dalam polibeg kecil (anaknya) RM3 sepokok. Mak Aji tetap mahukan yang di longkang dan apabila ditanya, jawabnya RM5 untuk 2 pokok! (sorilah, takde percuma, percuma ya!). Lihatkan, comelkan!:

Si cantik manis, mexican petunia merah jambu!
Dua pokok ini yang RM5 tu (patutnya percuma aje, kan, kan, kan!!!)

Mak Aji menyinggah beberapa nurseri yang menjual pasu dan setelah mendapatkannya Mak Aji kembali ke rumah mengikut jalan lain (pun ada nurseri sekitar situ). Mak Aji meninjau-ninjau kiri kanan untuk mengesan Nurseri Floranika yang rakan-rakan FB sibuk menyebut dan juga kunjungi. 

Nasib Mak Aji baik (memang rezeki tuan nurseri juga walaupun Mak Aji cuma membeli sepokok dua sahaja!) dan tanpa disangka-sangka Mak Aji ternampak papan tanda nurseri itu. Lalu sempatlah Mak Aji membawa balik beberapa pokok:

Pokok bunga sedap malam - cantik dan harum bunganya. Sekali pandang semacam hoya sebab gugusnya.
Walau tak ada bunga, inilah pokok bunga YTT - yesterday, today and tomorrow - kembangnya 3 hari kut?? Katanya wangi bunganya!
Tambah koleksi RJ - yang ini bunganya merah jambu, kembang selapis berbatik! Tunggukan apabila kembangnya ya!
Sekian hasil tangkapan semalam. Mak Aji semak di grup Tangan Hijau di FB, katanya ada rombongan cik kian ke sana tengah hari ini (waktu ini!) - memborong sakanlah kawan-kawan kita ya!!

Insya-Allah Mak Aji ke sana lagi ya Ros Flo (tauke nurseri ini) untuk menambah koleksi!




Tuesday, 2 September 2014

Yang Kembang Lagi di Laman

As-salam.

Belum terlambat agaknya untuk Mak Aji mengucapkan salam kemerdekaan kepada anda semua. Setelah bercuti hujung minggu yang agak panjang berbanding biasa tentunya hati agak berat untuk menyambung tugas masing-masing ya! Mak Aji pula agak bersemangat 'bekerja' di laman setelah rumput baru selesai dipotong - tukang mesin rumput pun mahu cuti merdeka! Semalam dan hari ini baru mahu masuk kerja! Apapun mari kita jamu mata dengan yang kembang-kembang di laman edisi hari Selasa:

Star of the show! - bunga raya tentunya diberi keutamaan sempena Merdeka ini!
Ixora/siantan.
Lupa lagi apa ke namanya bunga ini - asyik hakisan memori aje!
Ros nan sekuntum sahaja.
Tiga sekawan Mexican petunia/ruella.
Alamanda climber.
Kemboja kuning.
Bunga melur.
Can't get enough of you - sorilah ya, Mak Aji asyik ulang tayang bunga ini - syok sendiri!

Sudah puas tengok bunga, sambung balik kerja ya! 





Sunday, 11 May 2014

Yang Kembang di Laman

As-salam.

Selamat berhujung minggu semua! Dalam sehari dua ini kerja berkebun hanya boleh dilaksanakan pada waktu pagi sahaja sebab waktu petang biasanya hujan turun, biasanya dengan lebatnya. Pagi tadi sambil mengemas laman sempat Mak Aji rakamkan foto bunga-bunga yang sedang kembang menghiasi laman Mak Aji yang tidak sepertinya:

Segugus hydrangeas.
Segugus lagi! Sukanya hati melihatkan kembangnya!
Bunga apa entah, kecil sahaja bunganya. Ungu bunga dan daunnya sekali.
Anthurium merah menyala.
Kaktus baldu kembang setangkai.
Masya-Allah cantiknya formasi kelopak bunga alamanda ini!
Bunga trumpet dibasahi embun pagi.
Mexican petunia.
Bunga kemuning/murraya yang wangi.
Bunga hoya yang menawan hati. 
Bukan sahaja ada bunga di laman, di dalam hati juga ada taman yang berbunga-bunga, he he!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...