About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday, 12 October 2014

Hasil Tangkapan Semalam

As-salam.

Salah satu pokok Mak Aji yang berada di pintu pagar, pecah pasunya. Maka (dengan suka hatinya!) Mak Aji 'terpaksa' ke nurseri untuk mencari ganti. Alang-alang ke nurseri takkan beli pasu sahaja, bukan?! 

Harga pasu boleh tahan mahalnya (fahamlah pasu naik lori, minyak mahal! Isyyy!!) dan Mak Aji beli hanya sebiji sahaja. Dalam proses mengintai-ngintai pokok (di sebuah nurseri berhampiran Hospital Sungai Buloh) maka terlihatlah Mak Aji akan pokok bunga ini di dalam longkang (mengharap dapat percuma!) dan yang di dalam polibeg kecil (anaknya) RM3 sepokok. Mak Aji tetap mahukan yang di longkang dan apabila ditanya, jawabnya RM5 untuk 2 pokok! (sorilah, takde percuma, percuma ya!). Lihatkan, comelkan!:

Si cantik manis, mexican petunia merah jambu!
Dua pokok ini yang RM5 tu (patutnya percuma aje, kan, kan, kan!!!)

Mak Aji menyinggah beberapa nurseri yang menjual pasu dan setelah mendapatkannya Mak Aji kembali ke rumah mengikut jalan lain (pun ada nurseri sekitar situ). Mak Aji meninjau-ninjau kiri kanan untuk mengesan Nurseri Floranika yang rakan-rakan FB sibuk menyebut dan juga kunjungi. 

Nasib Mak Aji baik (memang rezeki tuan nurseri juga walaupun Mak Aji cuma membeli sepokok dua sahaja!) dan tanpa disangka-sangka Mak Aji ternampak papan tanda nurseri itu. Lalu sempatlah Mak Aji membawa balik beberapa pokok:

Pokok bunga sedap malam - cantik dan harum bunganya. Sekali pandang semacam hoya sebab gugusnya.
Walau tak ada bunga, inilah pokok bunga YTT - yesterday, today and tomorrow - kembangnya 3 hari kut?? Katanya wangi bunganya!
Tambah koleksi RJ - yang ini bunganya merah jambu, kembang selapis berbatik! Tunggukan apabila kembangnya ya!
Sekian hasil tangkapan semalam. Mak Aji semak di grup Tangan Hijau di FB, katanya ada rombongan cik kian ke sana tengah hari ini (waktu ini!) - memborong sakanlah kawan-kawan kita ya!!

Insya-Allah Mak Aji ke sana lagi ya Ros Flo (tauke nurseri ini) untuk menambah koleksi!




4 comments:

  1. Assalam Mak Aji.. byk borong tu... sedap mlm namanya.. saya baru beli 2-3 minggu lepas.. lepas tu dah tak keluar bunga ... kt sini matahari kurang .. ruela pink saya rendah je pokoknya.. boleh biakkan dgn keratan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Kalau ikut hati nak beli banyak, tahankan aje hasrat tu sebab dah beli pasu mahal! Betul tu pasal bunga ruela tu, nak kena kerat utk biakkan lagi.

      Delete
  2. Ruellia tu ada color biru purple juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Normala,

      Yang biru purple Mak Aji ada. Skrg dah ada pink. Putih pun ada juga tapi Mak Aji belum ada lagi. Lupa pulak nak tanya nurseri hari tu. Kalau ada ketiga2 tu lengkaplah!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...