About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 29 October 2014

Cara Mudah untuk Keringkan Herba

As-salam.

Dalam keadaan sekarang yang hujan turun saban hari mereka yang tiada tempat khusus untuk menyidai kain di tempat terlindung akan menghadapi masalah. Apa lagilah kalau anda juga ingin mengeringkan herba atau dedaun yang ingin dibuat teh dan sebagainya. Berkaitan dengan hal ini, Mak Aji ada terbaca dari satu sumber (lupa dari mana) cara yang mudah untuk mengeringkan herba tanpa perlu menjemurnya di panas matahari atau menggunakan alat (seumpama ketuhar) yang mengeringkan herba/bahan lain yang sewaktu dengannya. Mari Mak Aji kongsikan:


     Hamparkan kertas surat khabar di tempat duduk di kereta anda. Susun herba secara selapis 
     dan tutp tingkap serta pintu kereta. Buatlah selama beberapa hari sehinggalah herba anda 
     kering. Faedah sampingannya, kereta anda juga akan berbau harum dek herba tadi! 


Mahkota dewa yang dikeringkan secara menjemurnya. Jenuh jugalah berlari-lari anak setiap kali hujan turun tanpa disedari!
Selepas ini bolehlah digunakan kaedah baru ini!


18 comments:

  1. Salam Mak Aji. Ni kira ketuhar semula jadi lah ya hahaha...thank you for sharing.

    ReplyDelete
  2. salams mak aji....dtg sini tengok mahkota dewa yg dah dikeringkan:)

    ReplyDelete
  3. Brilliant idea! i also dry some of my bunga telang kat kereta previously ..=p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Olive,

      It seems that u are one step ahead of me, he he! :)

      Delete
  4. Mak Aji letak herba tu atas kertas suratkhabar terus ke? Dakwat pd kertas tu x baik utk kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Tiny Gardener,

      Kalau risaukan dakwat kat kertas, kita boleh juga parchment paper atau gunakan sahaja dulang.

      Delete
  5. creative.... dah tentu tak kena hujan.!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bangchik and Kakdah,

      Tak perlu adegan - angkat herba (kain) di jemuran, hujan nak turun!

      Delete
  6. Bagus tip ni Mak Aji.
    Memandangkan banyak kereta yang tak terpakai dekat sini sebab tuannya tak de hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      He he he, sekurang-kurangnya sesekali tuan2nya balik, kereta berbau wangi dek herba yang dikeringkan tu!!

      Delete
  7. Assalam..mcm mana nk tau mahkota dewa tu sudah cukup utk proses pengeringan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hery,

      Pak Aji petik semasa buahnya hijau kemerah-merahan dan kulitnya masih pejal. Kalau sudah merah, buahnya akan lembik bila dipegang. Semasa mengkal buahnya mudah dipotong dan bijinya masih muda (terpotong sekali). Kalau merah bijinya keras.

      Delete
  8. Assalam..Biji buah mahkota dewa sangat beracun. Jangan sesekali dimakan.

    ReplyDelete
  9. Assalam..Biji buah mahkota dewa sangat beracun. Jangan sesekali dimakan.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. kak, kalau nak keringkan halia boleh juga guna cara ini ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...