About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 29 October 2014

Pemburu Serangga

As-salam.

Serangga perosak sentiasa menjadi igauan tukang kebun termasuk juga Mak Aji. Tanaman rosak dan kita sering kecewa dengan hasil buahnya. Mak Aji ada membeli neem oil dan menghasilkan bancuhannya untuk disembur ke pokok-pokok di laman. Walau bagaimanapun dengan keadaan cuaca sekarang yang hari-hari hujan turun, nampaknya bancuhan neen oil terhapus begitu sahaja. 

Pak Aji cukup kecewa dengan kesan serangga perosak terhadap pokok mangga serta hasil tuaian mangga. Setelah puas menghendap, maka terjumpalah dia tuan punya angkara - sejenis serangga yang berwarna oren!


Serangga perosak red cotton bug atau nama lainnya dysdercus cingulatus.
Sumber fotoagropedia.iitk.ac.in
Sumber foto: https://www.facebook.com/Tanamsendiri?fref=photo

Entah dari mana datangnya idea Pak Aji untuk menghapuskan serangga ini dengan kaedahnya sendiri. Mari kita lihat alat yang digunakannya:

Ini dia senjata pemburu serangga - sebatang buluh yang hujungnya dilumur gam tikus!

Sebenarnya perburuan berlaku beberapa minggu lepas. Ketika itu adalah serangga tersebut melekat pada senjata ini. Agak berjaya pemburu ini melakukan tugasnya sebab serangga ini tiada lagi kelihatan sekarang! Pak Aji kata seranggan ini agak mudah 'ditangkap' sebab agak jinak! 

Sekian kisah Pak Aji, si pemburu serangga!






10 comments:

  1. Salam Mak Aji,


    Jangan kucing terlekat di gam itu sudah lah ye. If not sian dia hehehe. Saya pun ada masalah bugs.. BELALANG! Habis di makannya daun kari muda. Kadang hilang separuh pelepah daun kari tu di makan olehnya. Geram! Hanya mampu tangkap and pesan padanya jangan datang lagi dan campak jauh2 ke luar pagar rumah hahaha. Sian pulak nak matikannya.

    Selain tu siput b**i pulak suka makan daun labu.. hmmmm yang itu saya matikan sebab saya tak suka diaorg hehe. Ambil garam dan taburkan di badannya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Honey,

      Kucing setakat ni takde kat laman, insya-Allah selamat mereka! Nasiblah kau belalang Honey yang tangkap kau, kalau org lain alamat KO-lah! Dapat belalang mendengar kata takpa! Mak Aji pun sama hal siput tu, kumpul byk2 dapatlah sebaldi kecik kut, pastu hukum mati!

      Delete
  2. As Salam mak aji,
    serangga ni mmg banyak kat laman kami....suka dok betenggek kat pokok sunflower...
    gud idea ni mak aji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Comey, kan serangga ni, tapi jahat! Pak Aji kata mudah nak lekatkan dia sebab dia dok diam je bila dihulur hujung buluh tu, dah melekat baru dia kelam kabut. Boleh cuba!

      Delete
  3. salams mak aji,

    wahh good idea guna gam tikus....huhuhuhu seranga memang selalu aja memburu dekat pokok2 saya jugak...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AMIIZAA,

      He he, Pak Aji punya kepalalah tu! Mak Aji baru sekejap ni jenguk pokok kacang renek dan elok je serangga ni dok bertenggek kat daunnya. Mak Aji terus capai neem oil dan semprot dia! Padanlah habis berlubang daun kacang panjang renek serta bayam Malabar Mak Aji - geramnya!! Kena simpan satu senjata ni kat laman belakang juga, senang nak tet kat dia!

      Delete
  4. As Salam....singgah di petang hari...ziarah blog si pemburu serangga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bunda,

      Jom kita berburu serangga bersenjatakan buluh yang hujungnya bergam tikus, he he!

      Delete
  5. Assalam Mak Aji... terima kasih atas perkongsian.. akan dimanfaatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Sama-sama! Jom kita berburu!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...