About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 17 October 2014

Bertentangan Mata!

As-salam.

Lutut Mak Aji masih menggeletar lagi walaupun sudah sekitar setengah jam yang lalu Mak Aji bertentangan mata dengan sang ular di tepi rumah Mak Aji! Warnanya coklat kehitaman dan panjangnya sekitar sekaki lebih. Kepalanya kecil, badannya semakin besar dan ekornya meruncing. Dua tiga hari lepas semasa Mak Aji keluar pintu ke beranda belakang, ekor mata Mak Aji perasan akan sesuatu yang bergerak di pagar. Mak Aji perhatikan dan memang ya seekor ular sedang menyusur pokok keladi yang bersandar di luar pagar (semak di tanah jiran belakang). Mak Aji menjerit memanggil Pak Aji. Mak Aji tunjukkan lokasinya dan Pak Aji baling batu ke arahnya lalu ular itu cabut lari. Mak Aji rasa ular yang baru Mak Aji lihat tadi ular yang sama seperti tempoh hari!

Sekadar hiasan
Sumber fotoid.wikipedia.org

Sambil Mak Aji memerhati benda yang ekornya di longkang dan kepalanya di birai longkang - akar pokok keladi akukah itu? Akar keladi biasanya turun ke longkang sahaja, tiada pula naik ke birai longkang! Benda itu diam memerhati Mak Aji! Dalam kepala Mak Aji (standing at a safe distance away), apa benda ni, ularkah ini?? Tiba-tiba sahaja benda itu menyusur masuk ke rumpun pokok bunga di tepi longkang, hilang lenyap.  

Aduhai, nasib baiklah sehari dua ini hujan setiap hari jadi tugas menyiram pokok tidak perlu dibuar. Takut Mak Aji hendak ke laman dengan kehadiran sang ular ini! Belerang sudah Mak Aji beli seminggu dua yang lalu, Pak Aji belum sempat menaburnya di sekeliling rumah dan laman. 

Adakah kaedah lain yang boleh digunakan agar benda-benda macam ini menjauhi kita(selain belerang)?? Mohon kongsikan agar boleh Mak Aji buat sebagai langkah pencegahan. Kalau tidak tidak keluar rumahlah Mak Aji dek takut!!





14 comments:

  1. ya allah kak....kalau saya pon gigil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AMIIZA,

      Memang ya, ni kali ke-4 Mak Aji terserempak. Kali yang ke-2 masuk ke dalam rumah! Minta selisih!

      Delete
  2. Sy tabur belerang saja mak aji....kalau daun durian belanda boleh ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Insya-Allah esok nak kerah Pak Aji tabur keliling rumah! Klau daun durian belanda sayang nak petik sebab pokok pun tak berapa subur mana, kesian pulak dia!

      Delete
  3. Assalammualaikum Mak Aji.
    Petua nak halau ular dan haiwan berbisa jangan masuk rumah, beli kayu Tas, sandarkan di pintu yang agak2 laluan tu ular suka masuk.. hihihi..Ular takut cium bau kayu tas, entah kenapa.
    Kayu tas kalau dah kering tak ada bau, tapi haiwan tetap dapat mengesannya, kalau ada didalam rumah..mereka lari, dengan Izin Allah. Nak dapat kayu tas, bawa lah tuan "Sesawang Maya" pergi ke kampung orang asli tempat dia dapat kayu tas tu, minta mereka carikan, bayar lah..boleh juga jadi perusahan orang asli tu..dalam hutan kayu tu banyak dan biasa je bagi yg.mengenali kayu tu..ok tak idea ni Mak Aji...hihihi..salam ceria.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puteri,

      Terima kasih Puteri atas info yang panjang lebar. Pak Aji memang suka kumpul tongkat dan kalau setiap kali ke utara kami selalu menyinggah di R&R Seberang Perak sebab di situ ada gerai jualan hasil hutan oleh orang asli - segala macam akar kayu, tongkat, madu dan sebagainya sedia terjual. Rasanya Pak Aji beli kayu tas itu dari gerai ini tidak lama dahulu.

      Delete
  4. Assalam Mak Aji... saya tersentap juga minggu lepas bila jiran depan rumah kata dia jumpa rangka anak ular depan pagar rumah kami.. jiran kanan pula anak ular tu naik sliding door.. katanya mesti ada sarang dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Aduhai Mar, seram Mak Aji baca! Jenis ular yang boleh naik sliding door/boleh memanjat ni yang kita takut! Kalau ada anak tentu ada mak bapa dia, kan! Hati-hati Mar!!

      Delete
  5. eei takut la bila fikirkan spesis ni..ms rumah lama dulu(rumah mak) selalu naik ular bapa sylah jadi pahlawan.sebesar lengan betis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat,

      Yang jenis masuk rumah yang Mak Aji paling takut ni! Dulu pernah sekali, yang masuk sebesar ibu jari je tapi hitam legam, Mak Aji punya takut, Mak Aji tunggu je kat luar rumah sampailah ular dah dijumpai dan dibunuh (sampai hangus solat Zohor!!) - duduk menunggu di atas buai sambil dukung cucu - menggigil bagai! Kalau sebesar itu mahu pengsan terus!

      Delete
  6. As Salam mak aji,
    tersentap tgk..ingat ats tgn mak aji hehehe....takut nya...
    ada org ckp buah limau purut blh jgk guna halau U***, potong dan tabur keliling kawasan laman...blh la mak aji cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      He he, dalam pada bertentang mata dengan sang u..., sempat Mak Aji terfikir - kalau aku masuk ambil kamera mesti dia dah cabut ni! Pagi tadi tak sempat ke pasar tani sebab meroti sambil layan Maleficent dan Snow white (sapa kata org tua x suka citer ni??) Nanti Mak Aji kena cari jugak ni. Nak harapkan pokok sendiri haram tak berbuah!

      Delete
  7. salam mak aji..
    laman rumah saya ni pun slalu jd laluan ular untuk balik "rumah" dorang kat semak belakang tu..so ade kawan share kan ayat2 elak binatang bisa ..mak aji tengok kat link sini ye.
    http://www.resepirahsiaku.com/2011/05/doa-menjaga-dari-gangguan-ular-dan.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Imm,

      Terima kasih atas info ini! Sangat2 dihargai dan boleh dimanfaatkan oleh kita semua!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...