About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 10 October 2014

Tuai Hasil Cendawan

As-salam.

Mak Aji sudah beberapa kali menuai hasil cendawan yang 'ditanam' di dalam kabinet dapur, di bawah singki. Namun begitu belum lagilah Mak Aji kongsikan dengan anda sekalian. 

Sebelum balik beraya di kampung, Mak Aji sempat menuai sedikit cendawan (belum cukup matang tetapi dituai juga sebab takut terlalu tua apabila balik dari kampung). Sebahagian besarnya pula dituai sebaik sahaja balik dari kampung. Saksikan:

Cendawan sebelum dituai.
Masak tumis dengan petola secara ringkas sahaja - alhamdulillah cukup manis sekali!
Alhamdulillah cendawan sudah dapat dimanfaatkan. Insya-Allah beberapa hari lagi Mak Aji akan terus menuai lagi sebab bongkah yang lain pula sedang tumbuh cendawannya!



6 comments:

  1. Replies
    1. Salam Bangchik and Kakdah,

      Betul tu! Cukup segar dan manis rasanya!!

      Delete
  2. MakAji kena kongsikanlah. Fresh from the kitchen bukan from the farm lagi:)
    Special betullah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Kalau dekat2 boleh hulur dah! He he, fresh dr bawah singki dapur! Memang special!

      Delete
  3. wah,,hasil tuaian dari kabinet dapur pulak mak aji..goreng celup tepung pun sedap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat,

      Goreng celup tepung kena tunggu edisi berikutnya. Setakatnya tuaiannya tak sebanyak mana, sempat masak tumis je. Insya-Allah lepas ni, mudah2an lebih murah rejeki!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...