About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label pokok kemunting. Show all posts
Showing posts with label pokok kemunting. Show all posts

Thursday, 16 January 2014

Buah Kemunting

As-salam.

Sejak berbunga tempoh hari, pokok kemunting semacam dilupakan. Apabila teringat Mak Aji terus keluar untuk memerhati setakat mana perkembangan buahnya. Lihatkan buahnya:

Buah kemuntingku! Agak lama juga lagi untuk masak tu.
Pokoknya tidak sebesar mana, sekitar 2 kaki tinggi sahaja!

Seronok Mak Aji melihatkan buah yang agak banyak berbanding saiznya yang masih kecil! Batangnya pun masih lembut, perlu dipacak kayu agar lurus tegaknya. 

Terima kasih Rose dari Semua menjadi yang membekalkan anak pokok ini kepada Mak Aji! Jika anda berminat dengan tanaman ini bolehlah hubungi Rose ya!




Tuesday, 19 November 2013

Bunga Kemunting

As-salam.

Pada petang ini sambil Pak Aji dan Mak Aji berkebun di hujung laman Mak Aji perasan akan pokok kemunting yang sudah mengeluarkan bunga. Cantik bunganya!:

Sekali pandang macam bunga senduduk pun ada, kan, cuma lagi cantik!
Filamennya pink juga dan panjang-panjang!
Semoga tidak lama lagi akan keluarlah pula buah kemunting yang ditunggu-tunggu, insya-Allah!!




Wednesday, 30 October 2013

Baru Kutanam Sudah Berbunga!

As-salam.

Alhamdulillah setelah meninjau-ninjau di laman, adalah ruang untuk pokok kemuntingku. Sambil membantu menanamnya, baru Mak Aji perasan yang pokoknya sudah siap kudup bunganya! Maka berbunga-bungalah hati Mak Aji!! Terima kasih banyak-banyak Rose, insya-Allah tidak lama lagi berbuahlah dia dengan izin-Nya jua! 



Sudah terbayang di ruang mata buah kemuntingnya! Nyam nyam nyam!!!



Monday, 28 October 2013

Nostalgia Buah Kemunting

As-salam.

Pokok kemunting yang dipamerkan oleh Rose dalam blog Semua Menjadi cukup menggamit nostalgia. Arwah ayah Mak Aji pernah bertugas sebagai guru di S.K Tok Bali, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan semasa Mak Aji masih kecil. Pada ketika itu setiap pagi arwah perlu memandu ke Semerak terus ke tempat untuk menaiki perahu. Setelah berperahu dia terpaksa pula berjalan kaki untuk sampai ke sekolah. Sepanjang-panjang berjalan kaki ke sekolah terdapat begitu banyak pokok kemunting tumbuh meliar! Sesekali kami mengikut arwah ayah ke sekolahnya dan kami membawa baldi untuk mengisi buah kemunting. Arwah mak akan menghasilkan jem kemunting yang to die for! Masih terasa kesedapan jem tersebut! 

Dek kerana itulah apabila ada sahaja pokok kemunting Mak Aji terus sambar sahaja! Pada lewat pagi ini kiriman daripada Rose tiba. Kirimannya termasuklah juga benih bayam malabar, sambung nyawa ungu, biji benih sawi bunga, petola bantal, timun betik, kangkung serta durian Belanda! Terima kasih banyak-banyak Rose! 

Untuk manfaat mereka yang belum pernah melihat buahnya ini dia:

Buah kemunting
Sumber foto:  ibujunes.blogspot.com


Seronoknya! Petang ini kenalah Mak Aji tinjau di mana agak-agaknya tempat kemunting akan ditanam. Begitu juga dengan benih-benih lain ini. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...