Satu-satunya pokok udara yang ada di laman ialah jenis yang ini:
Petang tadi selepas Asar Mak Aji ajak Pak Aji keluar ke nurseri Sungai Buloh untuk membeli pasu khas untuk mengalihkan kaktus yang semakin membesar, membeli baja tahi ayam serta menjamu mata (kalau dengan Pak Aji memang tidak puas rasanya sebab dia menunggu sahaja di kereta, jadi perlulah cepat-cepat sebelum dibunyikan hon!). Pun Mak Aji tidak boleh lama sebab hujan sudah mula turun.
Walau bagaimanapun, dalam mahu cepat itu sempatlah juga Mak Aji sambar 2 pokok udara - lama sudah mengidam tetapi setiap kali melihat harganya, Mak Aji tidak jadi beli. Mak Aji pilih yang paling murah pun, satunya RM12 dan satunya RM15. Yang berpuluh-puluh ringgit usah ceritalah!:
![]() |
| Dua pokok udara menumpang duduk di pasu kawanan kaktus. |
![]() |
| Yang ini RM12. |
![]() |
| Yang ini pula RM15. |
![]() |
| Bird's nest semacam tak bahagia di sini. Perlu dialihkan ke lain tempat sebelum kering terus. Itu yang Mak Aji mahu gunakan rangka kayu ini sebagai rumah baru pokok udara! |
Semasa menunggu penjual pokok mengambil baja Mak Aji ternampak pokok bunga raya putih - katanya pokok ini ada khasiat dari segi perubatan. Sambarlah satu.
Yang berbunga ungu tiadalah pula. Pokok bunga ros banyak tetapi dek kerana tergesa-gesa dan tiada kelihatan yang betul-betul mengancam, Mak Aji berlalu sahajalah. Lain kali Mak Aji datang lagi ya!
![]() |
| Pokok bunga raya putih. |
Yang berbunga ungu tiadalah pula. Pokok bunga ros banyak tetapi dek kerana tergesa-gesa dan tiada kelihatan yang betul-betul mengancam, Mak Aji berlalu sahajalah. Lain kali Mak Aji datang lagi ya!



















