About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label bunga di laman. Show all posts
Showing posts with label bunga di laman. Show all posts

Tuesday, 30 December 2014

Ceria dalam Suram

As-salam.

Satu Malaya bersedih dengan pelbagai musibah yang bertimpa-timpa sejak kebelakangan ini. Mak Aji sentiasa mengikuti perkembangan terutamanya di laman-laman sosial - TV kurang boleh diharapkan sebab memang jelas negeri kelahiran Mak Aji dianaktirikan dan kurang mendapat liputan di media arus perdana (walaupun mangsa banjir terbanyak datangnya dari Kelantan!). 

Hanya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui apa hikmah yang tersembunyi di sebalik segala musibah ini. Moga kita semua beroleh pengajaran daripada musibah ini dan kembali kepada-Nya - kalau kita selama ini agak leka dan alpa, marilah kita segera perbaiki hubungan kita dengan-Nya!

Walaupun berat serta luluh hati melihat penderitaan mangsa, kita masih perlu meneruskan kehidupan seperti biasa. Dalam kesuraman suasana, di laman Mak Aji ada sahaja bunga yang kembang yang mampu menghibur hati:


Dalam musim hujan serta daun-daunnya yang dimakan serangga, bunganya masih mampu
menceriakan!
Indah kudupmu!
Terang benderang memeriahkan suasana.
Daunnya juga berpenyakit, namun pokoknya mampu berbunga lagi.
Indahnya kemboja kuning.
Merahnya gincu mak ngah!
Segugus hydrangeas yang akan kembang.
Segugus lagi.
Bunga kucai yang indah permai.
Kemboja yang disemai keratannya untuk kawan sudah berbunga!
Bunga raya pic berbatik.
Ruellia yang manis.
Bunga kembang pukul 4.
Bunga raya merah.
Kemboja pink dan kuning!
Yang baru luruh juga tidak kurang cantiknya.

Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul - Doa kami titipkan untuk mangsa banjir Disember 2014. Allah sentiasa bersama-sama kita.




Monday, 10 November 2014

Kembang di Laman

As-salam.

Mari Mak Aji kongsikan bunga-bungaan yang kembang dilaman Mak Aji:

Bunga pokok selasih - pertama kali berbunga.
Bunga pokok hempedu bumi - di kiri atas dan bawahnya, lenggai buah/biji benihnya.
Bunga pokok basil.
Bunga kucai yang cukup cantik - putih bersih.
Bunga kaktus yang kembang menunduk - semacam manta ray (ikan pari tu!)
Bunga bayam Malabar/merah.
Bunga bayam merah lagi.

Semua tanaman ini Mak Aji tanam di laman belakang rumah. Dengan adanya laman belakang maka bertambahlah kawasan bertanam dan begitu juga koleksi herba di laman Mak Aji, alhamdulillah. 




Monday, 11 August 2014

Bunga Beraya di Laman Sendiri

As-salam.

Kalau sebelum ini dipaparkan bunga-bungaan semasa Mak Aji beraya di kampung, maka di sini pula bunga-bungaan di laman sendiri pula:

Kalau sudah namanya raya, bunga raya dahululah ya!
Kemboja merah sedang banyak berbunga.
Cantik dan meriah sekali warna bunga kembang pukul 4 warna deep pink ini!
Pun bunga kembang pukul 4 warna kuning dengan belak-belak merah!
Bunga melur pun mahu beraya juga.
Bunga kenanga yang mewangi suasana raya yang belum habis lagi!
Sekadar itu perkongsiaan kali ini!


Thursday, 26 December 2013

Sepeninggalanku, ...

As-salam.

Sepanjang ketiadaan Mak Aji dan Pak Aji selama lebih kurang 10 hari (seperti juga tukang kebun lain) hati gundah mengingatkan pokok di laman, jangan ada yang lupa siram, alamat kekeringanlah mereka! 

Sepeninggalan tersebut pokok kari dan pokok betik mati - entah apalah sebabnya - kata anak, "hari-hari disiram kecuali hujan!" - sudah sampai ajalnyalah tu agaknya. Pokok Disemberku juga kelihatan selamba sahaja - wei, dah habis Disemberlah Yang ooi, mana bunganya?? Memanglah kamu ni kena ditukar namamu!

Walaupun begitu, bunga-bunggan lain membuat Mak Aji senyum jugalah, alhamdulillah:

Walau pokoknya habis botak dikerjakan entah apa, namun kembangmu nan sekuntum mengubat hati nan gundah!
Indah nian si bunga kucai! (TQ Awin!)
Bunga melur
Mexican petunia - indah ungumu walau kembangnya seketika cuma.

Lili pertama kali berbunga selain semasa dibeli dahulu.
Mulber - dan lagi dan lagi buahmnya!
Yang di pasu pun sudah mula berbuah.
Hasil dua kali tuaian - tuaian pertama sempat kena salji dalam freezer!
Kembang kemboja cukup ceria sekali!



Wednesday, 23 October 2013

Sekitar Laman di Pagi Hari


As-salam.

Sementara cucunda tidur balik setelah mandi dan minum susu, keluarlah Mak Aji ke laman. Orang kata wordless wednesday, Mak Aji kata less words on a wednesday, he he!! Biarkan sahaja foto bercerita:

Tuaian mulberi hari ini setelah menuainya 3 hari berturut-turut! Besar-besar saiznya daripada biasa - sebab hujanlah kut!
Cukup meriah buah mahkota dewa!
Ada yang dah nak merah - nak cuba potong nipis dan keringkan, pastu, ........
My lovely peach hibiscus. Love the colour!!
Melur kembang di laman.
Di siram hujan.
Kunyit hitam yang dibongkar untuk dibuat ulam dan juga ditanam semula. Semacam kacang tanah pun ada!
Last but not least, anak heliconia jenis sexy pink!!

Catatan: Kata tak nak cakap, cakap juga - apa nak buat tabiat orang tua begitulah! Kalau tak berleter, tak sah!



Saturday, 13 April 2013

Yang Sedang Kembang

As-salam.

Pokok akar dani sedang kembang bergugus-gugus banyaknya di laman. Cukup ceria dibuatnya:



Bunga melur ini juga (seperti juga bunga anting-amting puteri) tidak berhenti-henti berbunga.


Perhatikan tiga tona warna pada bunga kertas ini. Sayang untuk dipangkas, tunggulah sehingga selesai berbunga nanti.


Bunga kemboja juga tidak mahu kalah.


Bunga kenanga di bawah cukup lebat bunganya tetapi sayang agak kurang wangi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...