About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label arbor dan pergola. Show all posts
Showing posts with label arbor dan pergola. Show all posts

Thursday, 6 March 2014

Gerbang Penyambut Tamu

As-salam.

Arbor yang dibina setahun dua yang lepas cukup menggembirakan Mak Aji sebab setiap kali melalui di bawahnya terasa seolah-olah dialu-alukan sebagai tetamu laman! Pokok kesidang dan akar dani pula sedang galak berbunga. Wangi kedua-dua jenis bunga berbaur dan harum sekali! Memang terasa sentiasa diraikan!:

Sila masuk ke lamanku! Kusambut dengan wangi-wangian!
Dari sisi.



Wednesday, 6 March 2013

Alhamdulillah Siap Juga

As-salam.

Setelah beberapa hari Missing in Action, Mak Aji kembali ke blog juga, rindu pula rasanya!

Hari ini Mak Aji hendak cerita tentang arbor yang akhirnya siap juga alhamdulillah. Punyalah lama tempoh, hinggakan berminggu hendak disiapkan. Pun ada yang agak tidak sempurna - ada sikit senget - buat tidak nampak sudah! 

Ini dia, setelah ditanam kembali pokok akar dani dan pokok kesidang di kiri kanannya:

Arbor yang siap.

Semoga kedua-dua pokok elok memanjatnya walau di tengah panas!



Thursday, 28 February 2013

Arbor Tak Siap-siap!

As-salam.

Projek arbor masih dalam pembikinan sebab rancangan tergendala sebentar kerana kami sibuk melayan tetamu yang tinggal di rumah beberapa hari - guru Pak Aji. Ini perkembangan sementara sebelum terhenti:




Masih belum siap lagi!! Bila nak siap ni????


Hajat hati menjelang hari minggu ini akan siaplah arbor ini insya-Allah.




Friday, 22 February 2013

Arbor dalam Pembikinan

As-salam.

Setelah beberapa hari mengecek akhirnya pada petang tadi Pak Aji setuju untuk membuat arbor/para untuk pokok bunga memanjat - sebagai 'pintu' untuk masuk ke ruang berumput dari kawasan berkonkrit di laluan masuk ke rumah. Suka hati tidak terkira, sanggup sahaja Mak Aji sama-sama mengangkat kayu dengan anak bujang nombor tiga, Zhafran. Pun membantu di mana patut sementara mereka membuat lakaran, mengukur dan menggergaji kayu yang sedia ada. Mungkin kalau kayu tidak cukup barulah perlu dibeli.

Apabila arbornya buatan sendiri sahaja oleh kaki DIY di rumah ini, Pak Aji, jadi tentunya tidaklah secantik buatan profesional. Walaupun begitu, Mak Aji sudah cukup suka! Adalah nanti tempat untuk pokok kesidang dan pokok Nasir memanjat! Selesai satu bab. 

Kayu berterabur di laman,
Projek seterusnya, menanam pokok di keliling ruang berkonkrit itu pula, dengan hanya menggunakan pokok-pokok yang sedia ada, insya-Allah tiadalah perlu dibeli lagi. Harapan agar menjelang raya puasa nanti semuanya selesai - bakal terima seorang lagi menantu!



Saturday, 31 December 2011

Arbor dan Pergola - Yang Mana Satu Idaman Kalbu??

Sambil jalan-jalan di alam maya, terjumpa beberapa foto arbor dan pergola yang menawan hati dan berikut beberapa foto yang dipilih untuk dikongsi dari sumber http://www.bhg.com/ :

Masya-Allah, cantik sangat!
Bersantai waktu pagi dan petang!
Tanam depan garaj
Nyamannya!
Menunggu pokok memanjat ke atas tingkap
Segarnya udara dengan haruman mawar!
Sejuk nyaman
Kalaulah pergola anggurku begini!!
Bersantai
Minum petang dalam suasana begini!!
Cantik trellis pada dinding!
Tiang roman juga boleh digunakan
Di tepi rumah
Amacam? Kalaulah dapat di rumah kita tentu seronok, kan?? Apapun mesti berangan dulu, manalah tahu rezeki dapat!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...