About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Thursday, 20 February 2014

Projek Lampu Laman

As-salam.

Pak Aji memaklumkan bahawa semasa dia membersihkan sudut hujung laman dia perasan yang kawasan tanah sebelah nampak seperti tempat pihak tertentu duduk melepak (kelihatan bekas tempat orang duduk dan pijak). Dia mengagak ada budak-budak menghisap dadah atau budak-budak sekolah menyorok setelah ponteng sekolah (rumah kami dekat dengan sekolah menengah). Pun mungkin juga kerbau pendek?? Mak Aji ada terdengar orang/haiwan berdengus kuat semasa menyiram laman tempoh hari (sebelah pagi)!! Pucat gigi dibuatnya - jangan ada yang menerpa Mak Aji dengan menembusi pagar chain-link sudah!

Ok, berbalik ke cerita asal. Dek kerana itulah projek lampu laman dilaksanakan. Pak Aji mahukan tiang elektrik lama untuk projeknya itu. Maka dibelinya sebatang tiang elektrik. Dalam sakit-sakit belakang dia berjaya menegakkannya sendirian (Mak Aji tanya dia - pakai jin, eh?!) Dibelinya lampu LCD dan beberapa batang paip PVC untuk ditanam di tanah dan tadaaa!:

Lampu laman DIY.
Sebenarnya Pak Aji pasang tiang ini dengan dua kaki - batangnya dikepit dua batang kayu agar tiang ini boleh direbahkan sekiranya mentol perlu ditukar. Yang kelakarnya apabila sambungan wayar dibuat, wayar diletak di dalam paip PVC putih (nampak tidak?), maka mana boleh lagi tiang ini direbahkan lagi?? He he, tuannya sampai sekarang belum perasan lagi!!

Apapun, harapan agar orang atau haiwan tidak akan berkunjung pada waktu malam dek kerana kehadiran lampu ini, insya-Allah!






Friday, 22 February 2013

Arbor dalam Pembikinan

As-salam.

Setelah beberapa hari mengecek akhirnya pada petang tadi Pak Aji setuju untuk membuat arbor/para untuk pokok bunga memanjat - sebagai 'pintu' untuk masuk ke ruang berumput dari kawasan berkonkrit di laluan masuk ke rumah. Suka hati tidak terkira, sanggup sahaja Mak Aji sama-sama mengangkat kayu dengan anak bujang nombor tiga, Zhafran. Pun membantu di mana patut sementara mereka membuat lakaran, mengukur dan menggergaji kayu yang sedia ada. Mungkin kalau kayu tidak cukup barulah perlu dibeli.

Apabila arbornya buatan sendiri sahaja oleh kaki DIY di rumah ini, Pak Aji, jadi tentunya tidaklah secantik buatan profesional. Walaupun begitu, Mak Aji sudah cukup suka! Adalah nanti tempat untuk pokok kesidang dan pokok Nasir memanjat! Selesai satu bab. 

Kayu berterabur di laman,
Projek seterusnya, menanam pokok di keliling ruang berkonkrit itu pula, dengan hanya menggunakan pokok-pokok yang sedia ada, insya-Allah tiadalah perlu dibeli lagi. Harapan agar menjelang raya puasa nanti semuanya selesai - bakal terima seorang lagi menantu!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...