About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label tiger orchid. Show all posts
Showing posts with label tiger orchid. Show all posts

Friday, 10 October 2014

Ada Jantan Ada Betinanya!?

As-salam.

Salam Aidiladha - masih raya lagi ke?? 

Mak Aji ingin kongsikan beberapa foto pokok tiger orchid di rumah pak cik Mak Aji di kampung. Mak Aji diberitahu bahawa pokok ini ada jantan betinanya! Kebetulan pula ada pokok jantan dan betinanya di laman tersebut. Mari kita lihat:

Tadaaa!! Bunga tiger orchid tengah kembang pada pokok betina.
Ini keseluruhan pokoknya.
Ini pula pokok jantan - perhatikan sulur bunga yang tidak menjadi di atas tengahnya!
Ini sulur yang tak menjadi bunga!
Balik kampung pun Mak Aji dapat info baru tentang pokok ini. Rupa-rupanya ada jantan betinanya juga seperti juga pokok betik! Entah-entah Mak Aji punya pun yang jantan!! Alamat sampai kucing bertanduklah Mak Aji tunggu dia berbunga!?? Allahualam.

Amacam, betina ke jantan kamu ni???



Thursday, 10 July 2014

Awas Sang Harimau!

As-salam.

Pagi tadi Mak Aji keluar atas banyak urusan, yang antara lainnya menambah stok tanah serta membeli baja yang kehabisan, selain membeli barang dapur untuk keperluan rumah - biasanya Pak Aji yang membuatnya - dalam ketiadaannya terpaksa Mak Aji mengambil alih.

Seperti biasa sambil melintasi deretan nurseri di kawasan Hospital Sungai Buloh, Mak Aji menjamu mata dengan pelbagai pokok hiasan beraneka jenis dan warna (this is heaven!!). Tiba-tiba kelihatan serumpun pokok tiger orchid sedang galak berbunga!! Masya-Allah sungguh cantik sekali! Apapun Mak Aji melintas dahulu sambil menjeling kepadanya - akan kusinggah untuk sesi foto nanti! Baja dan tanah dahulu yang perlu dibeli. Selesai membeli apa yang patut, Mak Aji perasan serumpun lagi pokok tiger orchid juga, pun sedang berbunga lebat!! Sang harimau mengaum di nurseri Sungai Buloh pada hari ini ya! Kalah segala tumbuhan lain dek ngaumannya! Mari kita saksikan keindahannya!:


Sesuai sangatlah namamu! Memang macam rimau!
Sudahlah cantik, besar pula tu, hampir tiga suku saiz telapak tangan Mak Aji!
Ini rumpun pertama yang Mak Aji lihat - di tengah-tengah panas warna bunganya sedikit pucat berbanding rumpun kedua yang di tempat redup!
Bertangkai-tangkai bunganya yang bersaiz besar!!
Cer teka, cer teka berapa harga anak pokoknya!!! - RM120 sepokok ma!! 
Ini bunga daripada rumpun kedua.
Bunganya tak sebanyak rumpun pertama.

Mak Aji minta izin untuk memfoto rumpun yang kedua tetapi rumpun pertama Mak Aji main snap aje! Mak Aji cuba memohon nasihat pemilik nurseri rumpun kedua yang menjual anak pokoknya ini. Nasihatnya - "kalau mahu pokok ini berbunga, letak sahaja di tengah-tengah panas, jangan pedulikan dia, buat derk sahaja, biar dia tak sihat, maka berbungalah dia. Jangan biarkan daunnya melebat, biar dia sakit sikit!!"

Begitukah halnya?? Maka itulah yang akan Mak Aji buat dengan rumpun pokok Mak Aji - mungkin juga kena bongkar balik pokok itu dan letak sahaja di tengah panas-panas buta - tempat sekarang agak redup sedikit - mendapat separa cahaya matahari. Hari ini Mak Aji dapat nasihat yang cukup berharga - untuk mereka yang ada pokok ini yang enggan berbunga, mari kita amalkan!!

Oh ya, berikut pokok tiger orchid Mak Aji yang belum mengaum-ngaum lagi setakat ini. Harap dengan bantuan petua serta galakan daripada baja yang baru dibeli ini, mahulah dia mengaum di laman Mak Aji pula ya, insya-Allah!!:

Mak Aji nak mula buat derk kat pokok ni! (kecuali boh bajalah, siram takdelah).
Bantu Mak Aji ya baja!




Friday, 2 May 2014

Tiger Orchid yang Sakit

As-salam.

Pokok tiger orchid di laman sudah agak besar, sudah beberapa tahun dibela dan sehingga hari ini masih belum menghasilkan bunga - belum rezekilah agaknya. 

Pagi ini sambil membelek-belek pokok ini Mak Aji dapati pokok ini kurang sihat - kelihatan kulat/fungus pada pucuknya:

Menakutkan - kesian orkidku!
Orkid harimau yang dikelilingi kunyit hitam. 
Padanlah kadang-kadang kelihatan batangnya togel sahaja tanpa daun - rupa-rupanya gara-gara kulat ini! Kena cari fungicidelah agaknya kut untuk mengubatinya?? Mohon nasihat kawan-lawan yang tahu akan hal ini!




Monday, 17 February 2014

Apa Lagi Mahumu??

As-salam.

Mak Aji cukup seronok apabila melihat rakan-rakan peminat pokok buah dan bunga di FB memuat naik foto orkid harimau/tiger orchid yang galak berbunga. Mak Aji ada juga bertanya kalau-kalau ada petua untuk memujuk pokok yang di laman ini agar berbunga, namun tiada yang mampu memberi jawapan yang pasti. Mak Aji sudah berusaha dengan meletak baja bunga dan juga baja tahi ayam, tetapi setakat hari ini masih belum berhasil. Entah apa lagi yang perlu dilakukan??:

Apa lagi yang kaumahu? 
Mak Aji kawankan orkid harimau ini dengan kunyit hitam agar tidak 'sunyi' - jangan-jangan tidak mahu dia berbunga sebab tidak sukakan kawannya itu? He he, sengaja Mak Aji buat alasan sendiri!

Ada satu lagi pokok yang entah apa lagi mahunya - pokok Disember! Sampai hujung Disember pun memang tiada mahu dia berbunga. Ini pokoknya:

Memang degil kamu ya! Kita tukar namanya kepada nama lain ya!
Ada cadangan??


Saturday, 16 November 2013

Semoga Makmur di Rumah Baru

As-salam.

Seperti biasa, pokok yang agak-agak sudah besar sangat di dalam pasu terpaksalah dipindahkan ke tanah agar lebih subur. Yang belum berbunga pula agar berbunga. Jangan sebaliknya yang berlaku sudahlah. Berikut antara yang dialihkan ke rumah baru:

Ruang yang lebih besar sudah disediakan, maka belajar-belajarlah berbunga pula ya!
Harap pokok lili ini akan berbunga lagi.
Pokok lili semasa baru dibeli dahulu. Ini rupa bunganya yang agak unik.




Thursday, 17 October 2013

Tiger Orchid yang Menawan Hati!

As-salam.

Destinasi terakhir kami sebelum bertolak balik ke KL setelah beraya di kampung sejak Sabtu lepas, rumah bapa saudara (Cik Pa - Haji Mustapha) di Wakaf Che Yeh. Masuk sahaja le lamannya redup dan nyaman terasa dengan kawasan lamannya yang terjaga rapi. Yang paling memikat hati, pokok tiger orchidnya yang sedang galak berbunga - centrepiece di lamannya!! Mari Mak Aji kongsikan:

Tiger orchid yang beraya haji!
Saiz kelopaknya cukup besar, cantik sekali!!
Ini pokoknya, ditanam di tanah!
Tiger orchid Mak Aji masih di pasu besar, belum pun ditanam di tanah sebab kekangan ruang. Nampak gaya Mak Aji kenalah tinjau-tinjau lagi sekitar laman, kalau-kalaulah boleh diperuntukkan ruang untuknya di tanah agar membesar dengan sebesar dan sesubur ini dan yang penting sekali agar berbunga semeriah ini!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...