About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label tunjuk langit. Show all posts
Showing posts with label tunjuk langit. Show all posts

Sunday, 13 January 2013

Tunjuk Langit dan Nanas Lagi

As-salam.

Pagi semalam Mak Aji dan Pak Aji ke pasar tani Taman Melawati untuk mencari kapsul tunjuk langit. Bapa saudara Mak Aji yang memaklumkan kepada kami tentang hal itu. Ini yang kami jumpa:

Sebotol RM30, lima botol RM100.
Nombor telefon pengeluarnya juga dipaparkan.
Pak Aji mahukan kapsul ini untuk mengawal darah tingginya. 

Mak Aji belum pernah ke pasar tani ini, jadi agak seronok jugalah berada di pasar ini jika dibandingkan dengan pasar tani di Paya Jaras, Sungai Buloh. Rupa-rupanya sayur kampung lebih banyak pilihan di Melawati. Mak Aji juga ada terjumpa umbut kelapa! Kalau dibuat acar masak umbut kelapa, tentu sedap! Teringat pula pada zaman kecil-kecil dulu arwah emak yang masakkan. Umbut juga dicampur ke dalam gulai kawah yang biasa dimasak untuk kenduri kahwin! Mak Aji sekadar pandang sahaja - takut kalau tidak menjadi kalau masaknya. 

Usai urusan di pasar tani, kami menyinggah ke rumah kawan di kawasan perumahan itu - kawan sepejabat yang sebaya Mak Aji dan yang sudah sekian lama pencen awal (kalau tidak silap pada usia 45 tahun). Kami diajak bersarapan di rumahnya. Selepas kami pekena nasi dagang (sedap Wan!) dan sandwic sardin serta kopi-O kaw (tentunya cap Kapal Api!), kami beredar untuk balik. Sampai di pagar Mak Aji terlihat pokok nanas ini yang ditanamnya:

Nanas hiasan - kecil sahaja buahnya.
Dari dekat - ada bunga ungu! Comel sekali!



Tuesday, 9 October 2012

Buah Tunjuk Langit

As-salam.

Mak Aji percaya ramai yang pernah dengan nama herba ini tetapi tidak ramai yang pernah lihat buah atau pokoknya. Secara kebetulan, anak saudara Mak Aji mengirimkan dua biji buah tunjuk langit kepada emak saudara di KL. Mak Aji pun baru pertama kali melihatnya. Kata anak saudara buah ini kedudukannya menunjuk ke langit, bukannya seperti buat biasa, tangkainya di atas dan buahnya di bawah! Sebab itulah namanya begitu!! Mari kita lihat buahnya:

Buah tunjuk langit - kulit dan rupanya seperti kayu, keras! Saiznya lebih kurang saiz mangga biasa.

Ini rupa isi di dalamnya dan foto berikutnya rupa buahnya yang masih di pokok:

Isi di dalamnya.
Sumber
Buahnya di pokok.
Sumber
Buah tunjuk langit/skyfruit atau nama saintifiknya swietenia macrophylla merupakan pokok herba yang banyak terdapat di Asia Tenggara.

Biji daripada buah ini digunakan untuk ubat periuk untuk wanita selepas bersalin; pucuknya boleh dijadikan sayur dan kadangkala dimakan bersama-sama sirih; rizomnya digunakan untuk merawat batuk, penyakit siflis. Pokok ini dikatakan berbuah setahun sekali sahaja.

Tiga bahan aktif utama yang terdapat pada buah tunjuk langit adalah seperti berikut:

a. Flavonoids - bahan ini seperti yang terdapat pada gingko biloba dan tongkat Ali mampu:

- merangsang pembukaan darah
- membekalkan oksigen serta nutrisi ke seluruh badan
- bertindak sebagai ejen anti-oksidan
- mengurangkan tahap gula dalam darah
- menyeimbangkan kandungan gula dalam darah
- memperbaiki kelancaran peredaran darah
- memperbesar dan meningkatkan keanjalan saluran darah
- mengurangkan kolesterol tidak baik di dalam darah


b. Saponnis - bahan ini seperti yang terdapat pada ginseng Panax. Enzimnya bertindak seperti pelincir yang:
- mengurangkan lemak serta kolesterol pada dinding saluran darah
- menguatkan jantung
- meningkatkan imuniti badan
- merangsang perembesan insulan dari pankreas
-  menangani kekejangan otot dalam saluran pernafasan
- melancarkan sistem saluran pernafasan
- meningkatkan kesuburan dan daya keupayaan seks
- memperbaiki sistem peredaran darah
- menyah toksid dalam badan
- mengelak daripada mabuk dan keracunan
- mententeramkan fikiran dan otak
- menghilangkan kelesuan minda
- melambatkan proses penuaan
- memulihkan insomnia
- menguatkan hati

c. Bitter Alkoloid - kandungan bahan ini yang tinggi memberikan rasa pahit; dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria; membantu membina sel darah putih (dan meningkatkan imuniti).   

Khasiat Lain:
- menghilangkan sembelit
- merawat gastrik
- baik untuk saraf
- baik untuk kecantikan kulit
- menghilangkan jerawat
-merawat rheumatisma, lelah dan nyanyuk.

Sumber maklumat khasiat serta empat foto dipetik daripada blog berikut: 


Berikut pula apabila bijinya dipecahkan untuk mendapatkan isi dalamnya, seperti isi kuaci:

biji buah tunjuk langit.
Ini rupanya apabila dipecahkan.
Bahagian isi putih yang menjadi ubat.
Isinya dipecah-pecahkan sebelum dimakan/telan.

Catatan: Orang-orang tua berpesan, jangan terlalu kerap makan buah tunjuk langit ni (dalam jumlah yang banyak dan berterusan setiap hari). Yang terbaik, ambillah seulas pagi dan dan seulas malam (isi dalam yg putih tu) dan MESTI minum air banyak-banyak. Selepas sebulan kurangkan dos kepada seulas sehari sahaja. Jika penyakit kembali normal, kurangkan pula jarak pengambilan dari setiap hari ke seminggu sekali. Wallahualam!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...