About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label pokok air - keladi bunting. Show all posts
Showing posts with label pokok air - keladi bunting. Show all posts

Friday, 3 May 2013

Kembangnya di Celah Pegaga

As-salam.

Pernah sekali dahulu Mak Aji tunjukkan bunga keladi bunting yang kembang untuk pertama kalinya. Tidak lama selepas itu tiada lagi kelihatan keladi itu apabila ditakluk pegaga. Mak Aji agak sudah arwahlah pokok itu.

Tiba-tiba pagi ini Mak Aji perasan keladi bunting kembang dari celah pegaga yang semaki menjadi-jadi di pasu besar. Walaupun saiz bunganya agak lebih kecil berbanding dahulu, namun tidak kurang juga serinya:




Masih panjang umur lagi keladi bunting ini. 


Tuesday, 27 November 2012

Bunga Teratai Sudah Berbunga (??)

As-salam.

Pada pagi ini sedang Mak Aji berehat di dalam rumah (belum keluar ke laman), Pak Aji memberitahu - Bunga teratai sudah berbunga! Bunga teratai?? Bila masa pulak Mak Aji tanam teratai?? Rupa-rupanya Pak Aji melihat keladi bunting berbunga!! Mak Aji dan Along tergelak besar - sudahlah nama bunganya silap, bunga teratai yang berbunga?? Kalau sudah ada bunganya, macam mana pula bunga itu pula berbunga?? Bila sudah seronok sangat itulah jadinya! Ini fotonya:  

Yang terapung halus itu makanan gapi yang ditabur.
Masya-Allah cantik, kan!!

Friday, 23 November 2012

Pokok Air - Keladi Bunting

As-salam.

Semasa kami balik kampung tempoh hari dan dalam perjalanan balik ke KL dari Demong Beach Resort tempat kami bermalam, Pak Aji cukup bermurah hati melayan Mak Aji berhenti di tepi jalan agar Mak Aji boleh mengutip keladi bunting di tepi parit. Sebenarnya Mak Aji pernah menanam pokok ini dahulu tetapi apabila pasu sudah terlalu sempit dek pokok ini yang membiak terlalu pantas, pokok ini terpaksa dibuang. 

Sebenarnya memang sayang tetapi apakan daya (macam lirik lagu - 'apakan daya hendak kubawa perahuku sempit,' he he!!) Layan foto di bawah yang diambil dari Pak Cik Google - foto bila pokok ini bunganya kembang!:

Keladi bunting/water hyacinth. Cantik bunganya, kan!

Ini pula yang Mak Aji punya, pasunya juga bukanlah besar. Juga tempat gapi seekor dua.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...