About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 17 February 2014

Apa Lagi Mahumu??

As-salam.

Mak Aji cukup seronok apabila melihat rakan-rakan peminat pokok buah dan bunga di FB memuat naik foto orkid harimau/tiger orchid yang galak berbunga. Mak Aji ada juga bertanya kalau-kalau ada petua untuk memujuk pokok yang di laman ini agar berbunga, namun tiada yang mampu memberi jawapan yang pasti. Mak Aji sudah berusaha dengan meletak baja bunga dan juga baja tahi ayam, tetapi setakat hari ini masih belum berhasil. Entah apa lagi yang perlu dilakukan??:

Apa lagi yang kaumahu? 
Mak Aji kawankan orkid harimau ini dengan kunyit hitam agar tidak 'sunyi' - jangan-jangan tidak mahu dia berbunga sebab tidak sukakan kawannya itu? He he, sengaja Mak Aji buat alasan sendiri!

Ada satu lagi pokok yang entah apa lagi mahunya - pokok Disember! Sampai hujung Disember pun memang tiada mahu dia berbunga. Ini pokoknya:

Memang degil kamu ya! Kita tukar namanya kepada nama lain ya!
Ada cadangan??


14 comments:

  1. salam mak aji
    dulu ade kawan masa saya diploma, dia kata mak dia selalu siram dengan air basuhan ikan untuk kasi orkid berbunga, ade gak yang siram guna basuhan beras.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam me.ronazil.ab,

      Mak Aji dah cuba juga air basuhan beras dan basuhan ikan. Setakat ni belum mahu menjadi lagi. Masih dalam penantian lagi!

      Delete
  2. assalammualaikum Mak Aji.
    wah subur benar pokok orkid harimau tu, dia tak nak berbunga mungkin belum sampai waktunya...sabarlah hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Puteri,

      Dia nak suruh Mak Aji bersabarlah tu, sesuatu yang cukup sukar sebenarnya!

      Delete
  3. Arwah MIL bagi kepala ikan bilis yg diblend...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Oh, yang ni belum cuba lagi ni! Insya-Allah akan dicuba. Terima kasih Mar!

      Delete
  4. Kadang2 takyah jaga terus pon dia berbunga jgk Mak Aji......mak saya pernah tanam dulu....dia biar jer orkid tuh independant.....tetiba berbunga..... before tu banyak tahun jgk kami jaga with tender loving care tapi dia takmau berbunga,....mcm2 karenah pokok ni kan Mak Aji.....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynna,

      He he, betul juga ya, lagi dilayan lagi mengada-ngada dia, kena buat derk ajelah kalau gitu ya, he he!

      Delete
  5. Hehe.. aper kater mak aji ugut bunuh pokok tu " kalau takmau bebunge mak aji pangkas ye" mesti pokok tu takut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pedasdan manis,

      Woo, macam ganas je, macam brutal je, he he! Ini langkah terakhirlah kut!

      Delete
  6. mak aji kena tunggu setiap desember la nampaknya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Dah tak larat dah tunggu Disember. Kam cadangkan nama lainlah, kita tukar nama dia, he he!!

      Delete
  7. salam mak aji, tak berbunga yer...erm dulu lah...pakcik sy ni peminat tegar pokok orkid mmg byk collection nye...rahsia dia..dia guna urea dr lampin baby...mmg tak putus bunga orkid2 nya..ni ms anak2 dia kecik..skang dah besar..dia pun dah usia pencen..jd hanya guna baja komersial...:D...
    oh ya...dulu pernah sy tertanya2 adakah pokok di umah mak sy tu..sama dgn pokok disember mak aji ni...jawapan nya tidak...kecewa sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      He he, baja urea dr lampin ya! Dr. Hasanah dari HUSM Kubang Kerian pernah cerita dia ada kejar suami dia keliling rumah untuk dapatkan baja daripadanya! Macam yang dikatakan digunakan oleh pekebun sayur komersial ya! Oh, tak sama ya. Takpa Nadia, pokok ni pun x nak berbunga juga dia, frust Mak Ajilah!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...