About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label pokok cili. Show all posts
Showing posts with label pokok cili. Show all posts

Friday, 2 November 2012

Pokok Cili Gergasi

As-salam.

Sejak semalam Pak Aji mengingatkan Mak Aji tentang cili api yang perlu dipetik sebab sudah terlalu banyak yang masak dipokok. Semasa Mak Aji sibuk di dapur Pak Aji dengan 'bersenjatakan' gunting dan tudung saji plastik pergi memetik cili. Hendak tahu setinggi mana pokok cili api kami? Saksikan:

Ketinggian pokok cili sekitar 2 kaki melepasi kepala Pak Aji.
Cili api punya banyak hingga tidak termakan.
Tudung saji untuk menadah cili.
Hasil tuaian hari ini.
Mahu dibuat apa cili api yang banyak ini???

Nampak gaya Mak Aji kena tanya Pak Cik Google tentang cara jeruk cili - tidak pernah buat sebelum ini. Selama ini cili berlebihan diberi sahaja kepada jiran. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...