About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label mangga cokanan. Show all posts
Showing posts with label mangga cokanan. Show all posts

Wednesday, 17 December 2014

Mangga Asam Boi

As-salam.

Berbekalkan 3 biji mangga, satu mangga Mahathir serta 2 biji mangga cokanan, maka terhasillah mangga asam boi yang diminya Pak Aji:

Amacam, kecur air liur tak???
Inilah mangga yang telah diasamboikan.
Mak Aji guna salad spinner (IKEA) untuk toskan air setelah membersihkan mangga.
Dapatlah hasil 2 botol, satu kecil dan satu sederhana besar!
Last pose sebelum masuk peti ais.
Duduklah kamu berdua botol di dalam peti ais sekurang-kurangnya 3-4 jam sebelum dinikmati.



Tuesday, 16 December 2014

Tuaian Hari Ini

As-salam.

Mak Aji kurang pasti akan bila bermula dan berakhirnya musim buah mangga tetapi berdasarkan pemerhatian pokok mangga di laman, Mak Aji agak sekarang bukan musimnya. Dalam pada itu ada juga beberapa biji buah mangga sesat di pokok, sama ada di pokok mangga cokanan mahupun mangga Mahathir. Malangnya hampir kesemuanya tidak mampu bertahan sehingga betul-betul matang - gugur ke tanah begitu sahaja. Jadi sebelum buah gugur, Pak Aji ada menuai beberapa biji buah mangga cokanan pada hari ini - "bikin mangga asam boi," katanya!

Sebijinya merekah tetapi tidak busuk.
Insya-Allah akan diasamboikan ya!

Monday, 10 November 2014

Alhamdulillah Rezeki Kami Pulak!

As-salam.

Kalau dalam entri lepas Mak Aji tunjukkan rezeki tamu yang datang berkunjung ke laman, sekarang Mak Aji tunjukkan apa yang menjadi rezeki kami pula (sebelum kami bahagi-bahagikan kepada orang lainlah - tidak termakan semuanya!):

Buah mangga cokanan, jantung pisang abu dan buah betik.
Daripada dua tangkai anggur, ini sahaja yang tinggal setelah dibuang buah yang merekah. 

Sebahagian besar buah mangga dan betik diberi kepada kawan yang kami ke rumahnya untuk berziarah kerana dia sakit terlantar, dan sebahagian lagi kepada kawan yang sama-sama pergi berziarah. Jantung pisang dicelur (alahai, lupalah pulak untuk diberikan sup sayur kepada pokok/tanaman!) dan dicicah dengan budu (bertemankan ikan bakar dan ikan pekasam) - musim hujan seperti sekarang, kalau makan lauk seperti itu, memang laju, sedar-sedar habis nasi dua pinggan!

Anggur pula habuan tuannya - rasanya masam-masam manis (semacam cerita P. Ramleelah pulak!) Buahnya pula seperti juga sebelum ini, berbintik-bintik umpama tahi lalat walaupun sudah dibungkus rapi. Apapun alhamdulillah atas pemberian-Nya jua!


Catatan: Entah bilalah agaknya mahu dibuat hard pruning pada pokok anggur - asal mahu cantas sahaja, keluar buah, sayanglah pula. Kenalah buat hati kering sedikit, pakai cantas sahaja! 





Tuesday, 4 November 2014

Kalau Sudah Bukan Rezeki

As-salam.

Laman Mak Aji sering dikunjungi tamu yang seringkalinya tidak menggangu ketenteraman kami sekeluarga. Ada juga ketika yang tamu menimbulkan kekecohan serta ketakutan, terutama sekali di pihak Mak Aji sendiri. Apapun, kesemuanya termasuklah kita merupakan makhluk Allah SWT yang sudah dijanjikan rezeki masing-masingnya. Siapalah kita untuk menafikannya??

Kunjungan burung-burung sekawan menceriakan suasana pagi di laman, apalagi dengan bunyi kicauan mereka yang merdu sekali! Gelagat tupai pula seringkali mencuit hati. Hanya sang ular menjalar yang menggerunkan dan sering menyebabkan Mak Aji berkurung di dalam rumah berhari-hari!

Pokok buah-buahan seperti betik dan juga mangga sering menjadi rezeki kami sebagai tuannya dan juga sang burung serta tupai. Alhamdulillah atas rezeki yang melimpah ruah hingga kami sendiri tidak termakan. Berikut pula rezeki tamu kami:

Entah burung, entah tupai yang menumpang makan betik kami.
Sisa mangga cokanan habuan sang tupai.
Semoga hati kita reda dan pasrah dengan ketentuan pemberian rezeki daripada Allah SWT, insya-Allah!



Tuesday, 10 June 2014

Kalah Saiz Tetapi Menang Rasa

As-salam.

Di laman Mak Aji ada dua jenis pokok mangga yang sudah menghasilkan buahnya, mangga cokanan dan mangga Mahathir. Mangga cokanan ada 3 pokok manakala mangga Mahathir ada dua pokok (cuma satu yang berbuah, yang satu lagi masih kecil). Begini perbandingan saiznya:

Mangga cokanan jauh lebih kecil dari segi saiznya.

Mangga cokanan walaupun kecil saiznya, dari segi rasa alhamdulillah cukup manis sekali! Mangga Mahathir pula lebih lemak dan agak manis-manis masam. Begitulah mangga dengan keistimewaan masing-masing, sesuai dengan selera kita yang kadang-kadang berbeza. Apapun syukur alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah!


Thursday, 5 June 2014

Tuaian Hari Ini

As-salam.

Buah mangga cokanan banyak yang menjadi habuan sang tupai dan juga monyet agaknya, sebab Mak Aji perasan terdapat biji mangga yang di bawah pokok mangga juga di bumbung rumah! Kerja sang monyetlah agaknya tu (cuma belum ditangkap red-handed sahaja!). Apapun, reda sahajalah bahagian rezeki mereka dan bukannya bahagian rezeki kami sekeluarga. 

Bukan tupai serta monyet sahaja punya rezeki, ada juga rezeki ulat - sebahagian buah yang dituai dari luar kelihatannya tiada apa-apa tetapi apabila dikopek rupa-rupanya sebahagiannya sudah berulat - tidak kesemua buah mangga mampu kami balut agar tidak dapat disuntik lalat buah - inilah akibatnya!

Apapun, petang tadi Pak Aji menuai lagi mangga cokanan - ada yang agak-agak sudah matang dan ada juga yang masih muda - luruh semasa Pak Aji memangkas dahan pokok mangga - habuan dalam bentuk colek manggalah tu!

Berikut foto mangga hasil tuaian hari ini:

Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan-Nya!



Saturday, 31 May 2014

Yang Meluyut Lagi

As-salam.

Pokok mangga cokanan sedang berbuah lebat dan sesetengahnya sudah pun menjadi habuan sang tupai yang sering berkunjung. Setakat ini masih belum kami tuai untuk habuan tuannya:

Mangga cokanan yang lebat buahnya.
Alhamdulillah banyak betul cilinya. Inipun tinggal yang putih sebab yang jingga dan merah sudah
disambalbelacankan semalam! Cukup bengis sambalnya!




Friday, 4 April 2014

Buah Mangga Bergayutan

As-salam.

Alhamdulillah setelah Pak Aji membuat pangkasan dan pembajaan, pokok-pokok mangga kecuali satu (degil betul yang ini!) sedang berbuah dan sekarang bergayut-gayutan di pokok.:

Mangga Mahathir adalah sekitar 10 biji semuanya!
Salah sepokok daripada 3 pokok mangga Cokanan di laman.
Pada beberapa hari lepas hujan turun dengan lebatnya berserta ribut yang agak kuat. Kelihatan buah mangga Mahathir yang bergayut-gayutan dihayum ke kiri ke kanan - janganlah kau jatuh dipulas ribut! Alhamdulillah semuanya selamat. Walaupun begitu banyak juga buah mangga Cokanan menjadi mangsa - bertaburan buahnya di tanah!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...