About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label pokok herba. Show all posts
Showing posts with label pokok herba. Show all posts

Sunday, 14 September 2014

Tepus Wangi dan Asparagus

As-salam.

Petang semalam Mak Aji mendapat tambahan kepada koleksi herba daripada Diana KBB - Tepus wangi yang pernah disebut oleh Diana dari blog Kebun Bahagia Bersama DI SINI dan juga Ibu Qistina DI SINI. Mak Aji mahukan tepus wangi untuk kegunaan anak menantu serta cucu Mak Aji yang agak kurang sihat dengan batuk selsema yang mengganggu tidur mereka. Tepus wangi juga dikatakan boleh dibuat air rebusan untuk mengalami suasana spa apabila dibuat air mandian! Lihat apa yang Mak Aji dapat semalam:

Tepus wangi - yang di dalam plastik untuk dibuat air mandian.
Ini pula bunga tepus wangi yang kembang di pangkal pokok!

Selain tepus wangi Mak Aji juga dapatkan benih asparagus - cemburu melihatkan rakan-rakan FB menanam asparagus. Mak Aji juga dimaklumkan bahawa pucuknya juga boleh dimakan! 


Benih asparagus Connover Colossal.

Berikut rupa asparagus connover colossal, memang colossal saiznya!:

Inilah yang diidamkan agar dapat dihasilkan nanti, insya-Allah!!
Sumber fotowww.imagejuicy.com

Jom tanam asparagus pula! Tumis mudah-mudah taruh udang segar sedap tu (macam yang dimasak di kedai tomyam tu)!



Sunday, 31 August 2014

Pokok Belalai Gajah yang Berkhasiat

As-salam.

Rakan-rakan FB yang minat bertanam ada bercerita tentang pokok herba belalai gajah yang mempunyai pelbagai khasiat. Dari situlah Mak Aji teringin untuk memilikinya sendiri sebagai sebahagian koleksi herba di laman. Secara kebetulan pagi tadi Mak Aji ke pasar tani di tapak pasar malam Paya Jaras, Sungai Buloh - Mak Aji memang jarang ke situ walaupun memang dekat dengan rumah Mak Aji. Mak Aji ke suatu gerai yang menjual ubat-ubatan herba dan dihujung gerainya terdapat 3 polibeg pokok yang kelihatannya seperti pokok hempedu bumi. Mak Aji bertanya - "pokok belalai gajah ke ni?" "Ya, jawab tuannya." Mak Aji berasa cukup seronok umpama terkena loterilah pulak! Baru sahaja menyimpan niat untuk mendapatkannya, nah, datang menyerah diri pula dia! Pokok dijual dengan harga RM8 sepokok:

Pokok belalai gajah.

Selain pokok belalai gajah, Mak Aji juga mendapatkan ulam pegaga untuk ditanam semula (stok semakin sedikit sebab asyik dibuat ulam sahaja) dan juga pokok selom (yang sedia ada sudah mati).


Seikat untuk ditanam semula dan seikat untuk diulam.
Daun selom.

Untuk makluman rakan-rakan yang mahu mengetahui khasiat daun belalai gajah, Mak Aji sediakan pautan berikut untuk anda baca:





Tuesday, 19 August 2014

Sama-sama Beroleh Manfaat

As-salam.

Alhamdulillah sejak Mak Aji mula berblogging sejurus sebelum Mak Aji bersara, Mak Aji beroleh banyak manfaat. Antara lainnya Mak Aji dapat berkongsi maklumat sesama rakan berkebun, juga berkongsi tanaman - bertukar-tukar tanaman. Ada juga pembaca blog ini yang menghubungi Mak Aji melalui e-mel dan seterusnya datang ke laman Mak Aji untuk mendapatkan benih pokok terutama yang akan dijadikan ubat - dukung anak, hempedu bumi, kunyit hitam.

Sekitar sebulan dua yang lalu seorang bekas anak buah Mak Aji di ofis dahulu telah didiagnos menghidap kanser payudara. Pembedahan untuk membuang kedua-dua belah payudara sudah dijalankan dan sekarang dia sedang melalui rawatan kimoterapi. Setelah selesai rawatan dia memaklumkan kepada Mak Aji yang dia akan mencuba rawatan tradisional herba pula. Dia bertanyakan pokok pecah beling dan Mak Aji memaklumkan yang Mak Aji ada pokoknya. Mak Aji pun terus menyemai keratan untuknya nanti.

Keratan pokok pecah beling untuk dikongsikan nanti.
Beberapa hari lepas ada pula yang menghantar e-mel dan bertanyakan tentang pokok hempedu bumi dan setelah berhubung melalui telefon, sepasang suami isteri telah datang pada hari minggu lepas untuk mengambil sepokok hempedu bumi untuk dijadikan ubat darah tinggi. 

Hempedu bumi.

Mak Aji berasa seronok kerana dapat membantu memberikan pokok herba yang dihajatkan. Berkat usaha berubat serta izin Allah SWT kita doakan agar yang sakit akan sembuh, amin!!




Sunday, 16 June 2013

Mahu Seribu Daya

As-salam.

Pada hari Jumaat lepas Mak Aji ke Taman Melati untuk temu janji bekam dengan seorang tukang bekam wanita. Usai bekam Mak Aji dan anak dara ke warung untuk makan. Selepas makan kami menunggu di luar Masjid Salahuddin al-Ayyubi sementara jemaah keluar setelah selesai solat Jumaat. Dalam perjalanan ke tandas wanita Mak Aji ternampak perkarangan masjid dipenuhi pokok-pokok bunga serta tanaman rumah lain seperti serai, pokok pisang, daun kesum serta pokok bunga! Saksikan:

Tanaman dedaun yang ditanam dengan medium air dan digantung pada kekisi!
Diikat pada batang  paip yang menegak! 
Harum sundal malam di salah satu tiang masjid.
Memang unik bunga pada pokok melilit ini, juga dekat dengan tiang masjid.
Di pangkal pokok ada tanaman lain.
Pokok herba dan pokok bunga disusun kemas berderet, bagaikan di rumah.
Salah satu jenis bunga yang menghias kawasan luar masjid!
Mak Aji agak tamanam semua ini diusahakan oleh kakitangan masjid yang memang suka bertanam. Agaknya dia tidak mempunyai kawasan bertanam di rumah sendiri, jadi minat tersebut dizahirkan tempat dia bekerja!!




Wednesday, 3 October 2012

Pokok Herba yang Dibawa Balik


As-salam.

Mak Aji hendak tunjukkan pokok-pokok herba yang dibeli di nurseri Pak Ali pagi semalam. Sebenarnya isteri Pak Ali terlupa hendak memberikan sekali pokok bunga patawali/bakawali dek kerana mereka berdua tergesa-gesa menutup nurseri kerana terlewat untuk temu janji. Insya-Allah kalau berkesempatan Mak Aji akan cuba ke sana lagi. Oh ya, mengikut isteri Pak Ali, pokok daun tujuh bilah rupa-rupanya ada empat warna, bukan yang berwarna oren sahaja!! Jadi Mak Aji juga minta satu warna lain, entah apa warna ya, lupa pulak!  

Berikut foto-fotonya (foto agak kabur sedikit sebab kamera Mak Aji dipinjam Pak Aji, jadi Mak Aji gunakan kamera anak yang kurang pixelnya, lantas kurang terang):

Ganda rusa.
Mahkota dewa.
Pecah kaca/beling.
Pokok vanila.
Sambung nyawa.
Senduduk putih.
Serai kayu/salam.
Tongkat Ali.

Sekarang Mak Aji terfikir-fikir di mana nanti akan ditanam pokok-pokok ini ya?? Tunggulah bila balik KL nanti!! 



Nurseri Pak Ali

As-salam.

Along beberapa kali mengajak Mak Aji ke nurseri Pak Ali di Skudai setiap kali Mak Aji berkunjung ke Skudai. Setiap kali ke sana Mak Aji tidak berkesempatan berbuat demikian. Alhamdulillah pada kali ini, Mak Aji sempat berbuat demikian.

Pak Ali sebenarnya mantan renjer hutan yang pernah bertugas di FRIM, Kepong. Pengalaman bertugas dahulu dimanfaatkan dengan baik di nurseri beliau sekarang.

Berikut beberapa foto yang sempat dirakam semasa berkunjung ke nurseri Pak Ali:   

Pak Ali dan isteri.
Iteri Pak Ali sibuk melayan kami dengan memberi
penjelasan tentang jenis herba dan juga pelbagai khasiatnya.
Pokok pecah kaca/pecah beling.
Maklumat yang terpapar di nurseri.
Pokok vanila.
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...