About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday, 16 June 2013

Mahu Seribu Daya

As-salam.

Pada hari Jumaat lepas Mak Aji ke Taman Melati untuk temu janji bekam dengan seorang tukang bekam wanita. Usai bekam Mak Aji dan anak dara ke warung untuk makan. Selepas makan kami menunggu di luar Masjid Salahuddin al-Ayyubi sementara jemaah keluar setelah selesai solat Jumaat. Dalam perjalanan ke tandas wanita Mak Aji ternampak perkarangan masjid dipenuhi pokok-pokok bunga serta tanaman rumah lain seperti serai, pokok pisang, daun kesum serta pokok bunga! Saksikan:

Tanaman dedaun yang ditanam dengan medium air dan digantung pada kekisi!
Diikat pada batang  paip yang menegak! 
Harum sundal malam di salah satu tiang masjid.
Memang unik bunga pada pokok melilit ini, juga dekat dengan tiang masjid.
Di pangkal pokok ada tanaman lain.
Pokok herba dan pokok bunga disusun kemas berderet, bagaikan di rumah.
Salah satu jenis bunga yang menghias kawasan luar masjid!
Mak Aji agak tamanam semua ini diusahakan oleh kakitangan masjid yang memang suka bertanam. Agaknya dia tidak mempunyai kawasan bertanam di rumah sendiri, jadi minat tersebut dizahirkan tempat dia bekerja!!




6 comments:

  1. Replies
    1. Salam Srikota,

      Betul tu, kalau dah memang minat walau macam manapun diusahakan juga. Cuma bila guna medium air tu nak kena jaga supaya tiada nyamuk membiak, sudah.

      Delete
  2. salam makji..
    kalau tanam banyak2 pokok gini dkawasan masjid lagi elok..rs segar melihat kehijauan sekitarnya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Betul tu, terasa homely aje masjid tu, pergi masjid macam balik rumah sendiri!

      Delete
  3. Salam Mak Aji,

    Sesuai untuk penduduk kawasan perumahan yang takde tanah nak bertanam kan,
    sambil menanam untuk puaskan hati dengan hobi sendiri InsyaAllah kalau
    ikhlas dan tambah lagi kalau yang ditanam tu jenis mengeluarkan hasil
    dan diwakafkan untuk pengunjung masjid/surau,dapat lagi saham akhirat sekali :)
    Actually saya pun pernah terfikirkan perkara ni masa mula-mula nak start bertanam dulu.
    seberang jalan besar dekat dengan rumah ada surau perumahan kami.
    baru bina dan lapang lagi halamannya takde seri.
    Kalaulah saya ni tak bekerja... :) saya simpankan aje niat tu dalam
    hati,manatau kalau Allah perkenankan InsyaAllah ada rezeki saya bertanam
    di situ nanti(of course dengan kebenaran jawatankuasa surau)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NarsHIFA,

      Ha, adapun surau yang boleh dijadikan tempat bertanam. Ya, tentunya dgn kebenaran pihak yang berkenaan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...