About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 1 November 2013

Rezeki Pagi Jumaat

As-salam.

Cuaca agak sejuk, segar dan dingin dengan hujan sekali-sekala. Sebelum hujan turun sempatlah Mak Aji mengutip sedikit hasil dari laman:

Buah mulberi, bunga telang serta cili ungu.
Amacam, cantik tak? Ini kerja orang yang tak ada kerja!
Kali ini bunga telang paling banyak sekali bunganya dan kalau selama ini projek menyirap asyik tertangguh sahaja, maka ini masa terbaik untuk menyirapnya.:

Cuma dapat seperempat botol sahaja sirapnya. Cantik birunya ya!
Sekali pandang warna biru sirap ini, teringat Mak Aji zaman sekolah dahulu kala apabila ada ketikanya baju sekolah diletakkan nila agar lebih cantik. Silap haribulan, jika terlebih banyak nila, baju putih bertukar biru pula! 

Sebelum merasa sirap bunga telang, Mak Aji mengingatkan diri agar jangan lupa untuk buat magic yang diajar En. Iskandar dari blog Tanam Sendiri. Apabila sirap diperah sedikit air asam limau nipis, tadaaaaaa, ini hasilnya!:

Cantiknya ungumu!! Mana ada sirap ungu yang secantik ini???
Sekembali Pak Aji dari masjid untuk solat Jumaat, Mak Aji mempelawanya minum air sirap ungu ini dan dia membuat muka pelik - "air apa ni??" 

Terbukti air sirap ungu cukup sedap! Anda yang belum pernah cuba mesti kena cuba tau!

Mak Aji tidak sabar-sabar untuk membuat magic ini kepada cucu-cucu nanti! Pasti mereka kata Tokma mereka hebat!! (he he).




28 comments:

  1. Assalam Mak Aji..memang hebat To Ma ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      He he, dok terbayang je muka terkejut the two boys bila Tokma buat magic ni!

      Delete
  2. Salam makji,
    Banyak tuh tuaian bunga telang. memang patut buat sirap pun. Yang kaler ungu tuh cili ungu yer makji.
    Nanti bila tok ma buat magic kan, lepas nie mesti tokma akan selalu kena suruh buat magic..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Sebenarnya kalau sebanyak tu selayaknya buat nasi kerabu tetapi memandangkan vitamin m terlebih sikit, bikin sirap ajelah. Alamak, kena buat magic lainlah pulak ya, he he!

      Delete
  3. Wah wah wah!! sgt cantik! art work from the harvest!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Olive,

      Terima kasih Olive, itulah kerja orang pencen, dah tak ada kerja saja2 cipta kerja, he he!

      Delete
  4. Salam Mak Aji,
    suka yang gambar no 2 tu, cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Pak Aji jengah ke dapur semasa Mak Aji dok nyusun tu, dia geleng kepala sambil gelak, he he!

      Delete
  5. as salam . mak aji , bunga telang ni yg digunakan utk warnakan nasi kerabu kan ? dapat gak mak aji rasa mulberi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Vee,

      Memang betul tu, boleh dijadikan pewarna nasi kerabu, bikin sirap, juga pewarna kuih juga! Mak Aji dah pernah buat jem mulberi hasil tuaian mulberi ni!

      Delete
  6. salam mak aji..
    kalau masukkan hirisan daun pudina pun best jugak,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cucubulat,

      Betul tu, lupalah pulak nak bubuh, tentu lagi sedap, kan!

      Delete
  7. salam mak aji, banyok nyo bunga biru tu...tk penah try lg buat sirap magic tu... lada purple tu pedas ke mak aji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Musim huje loni banyok sungguh bungonyo. Sehari dua lagi kalu banyok jugok kena rajinkan diri buat nasi kerabulah pulok. 2na kena buat tu sirap magic, tak kato budok, kito oghe tuo pun seronok, he he! Lado tu x pedas mano, kalu nak boh dale budu masih sedap cili padi biasa lagi. Buat sedap mata ajalah.

      Delete
    2. Oh @na cepat la tumbuh telang yang disemai tuuu, nak juga wat macam Mak Aji, magic tu tak tahannn

      Delete
    3. Salam sudais-sudais,

      he he, jom buat magic, jangan tak buat!!

      Delete
  8. Salam Mak Aji,

    cantik sirap ungu tu mesti hilang dahaga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saodah,

      Alhamdulillah, bolehlah jadi penghilang dahaga, rasanya air limau ais cuma warnanya ungu. Yang tang warna tu yang best tu!

      Delete
  9. To Ma yg sporting! sedapnye mulberry tu...besaq pula tu. Btw, terima kasih datang rumah ambil kucai. dah bawa banyakkkkkk gift. Saya suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awin,

      He he, nak ambil hati cuculah katakan, Tokma ni sanggup buat apa saja (jangan suruh makan batu ngan kayu sudah). Saiznya alhamdulillah besar, berkat hujan agaknya! Sama-sama, Mak Aji saja je nak jumpa Awin sebab jarak rumah tak jauh manapun! Lain kali kalau on d way ke nurseri Sungai Buloh singgahlah rumah, kalau jumpa apa yang suka boleh Mak Aji kongsi lagi! Alhamdulillah Awin suka, sebab Mak Aji pun main agak aje!

      Delete
  10. Salam Mak Aji....tetiba haus plak tgk sirap bunga telang ni.....saya baru tanam pokok bunga telang...ada 3 pokok...tak sabar nak tunggu berbunga...boleh buat sirap etc lagi....byk projek dgn bunga telang ni hehehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynn,

      He he, nampak gaya sirap telang berjaya menggoda siapa yang melihatnya! Banyak tu, 3 pokok! Mak Aji ada sepokok je dah banyak bunganya! Semoga semua projek bakal berjaya nanti ya!

      Delete
  11. As salam Mak Aji....apa rasa air sirap tuh..cam menarik jer tgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ida,

      Selamat berkunjung ke mari dan terima kasih kerana follow. Air sirap biru tu takde rasa apa, cuma bila dibubuh air asam limau rasalah air limau (nipis).

      Delete
  12. memang tok ma hebat..mama naufal yang 30 an umur ni pun terpegun dengan hasil2 magic..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Kalau gitu betul2 menjadilah magic Tokma ya, he he!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...