As-salam.
Vertical Gardening merupakan salah satu kaedah menyelesaikan masalah bertanam di ruang yang agak terhad. Di nurseri kegemaran Mak Aji terdapat beberapa contoh vertical gardening yang boleh kita contohi (setakat mana yang bolehlah!). Saksikan:
![]() |
| Kalau ini tak cukup vertical, entahlah! Ini yang dalam proses pembikinan, belum diletakkan pokok-pokoknya lagi. Yang pasti tentu cantik nanti ya! |
![]() |
| Sampai sahaja ke nurseri ini, inilah yang pertama kita kihat selain the non-leaning tower of Pisa di foto atas! |
![]() |
| Dari dekat kelihatan tiga jenis tumbuhan yang diltanam. |
![]() |
| Dari jauh sedikit kelihatan tiga lapis - lapisan bawah, tengah dan atas pada satu ruang - cukup menjimatkan ruang! |
Peragaan tumbuhan udara dalam entri lepas juga Mak Aji anggap vertical gardening juga, cuma yang itu memberi fokus khusus untuk tumbuhan udara sahaja. Amacam, anda ada bikin vertical gardening??











