About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 1 February 2012

Green Wall (Dinding Hijau) a.k.a Vertical Gardening

Dinding Hijau biasa terdapat dikawasan bandar (di negara Barat) dan diwujudkan dengan tujuan untuk mengurangkan suhu bangunan secara keseluruhannya. "Punca utama suhu meningkat di kota-kota adalah kerana insolasi, penyerapan radiasi solar oleh jalan dan bangunan di kota dan penyimpanan haba ini pada bahan binaan serta radiasi semua yang berlaku seterusnya. Permukaan yang dilitupi tumbuhan pula, akibat transpirasi, tidak akan meningkat suhunya melebihi 4-5 darjah Celcius melebihi kawasan sekelilingnya dan kadangkala lebih rendah lagi suhunya. 

Begitu menarik sekali
rumah diselubungi tumbuhan! 
Dinding Hijau boleh menjadi kaedah menggunakan semula air. Tumbuhan pada dinding boleh menapis air yang sedikit tercemar (seperti greywater) dengan menyerap nutrien yang terlarut. Bakteria pula boleh memineralkan komponen organik agar boleh dimanfaatkan oleh tumbuhan.

menarik reka bentuknya
di laluan pejalan kaki
Dinding Hijau amat sesuai untuk kota-kota kerana kawasan permukaan yang menegak dapat dimanfaatkan dengan baik. Dinding ini juga sesuai di kawasan yang panas dan kering kerana air yang mengalir pada dinding yang menegak akan kurang menyejat berbanding taman yang terbentang.
Dinding hijau boleh menjadi suatu bentuk pertanian bandar atau yang boleh dinikmati seni yang terdapat padanya. Dinding hijau juga boleh dibina di dalam bangunan untuk membantu merawat bangunan yang 'sakit' (sick building symdrome). 

di laluan pejalan kaki di dalam bangunan
juga di dalam bangunan
menarik sekali!
Sumber gambar: Google

2 comments:

  1. Replies
    1. Thank you. Did some digging of information and found it interesting, thus the share!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...