About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 6 February 2012

Pisang Berbuah 6 Tandan Sekaligus

Alhamdulillah pokok pisang belakang rumah berbuah, enam tandan sekaligus. Pak Aji baru tebang satu pokok, tinggal lima tandan lagi. Pokoknya jenis pisang batu yang sedap dibuat goreng pisang atau paling tidak direbus sahaja. Masa kecil-kecil dahulu arwah mak ada kalanya rebus pisang ini yang betul-betul masak, kemudian dicicah dengan gula. Kalau panas-panas memang sedap!!

pisang galak berbuah
setandan lagi
dua sisir yang paling atas pada tandan
Kami sempat berbahagi pisang dengan jiran sebab banyak dan tidak termakan nanti. Dua sisir ini insya-Allah akan digoreng dalam sehari dua lagi. Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan.

4 comments:

  1. Boleh bukak gerai goreng pisang depan rumah!!!

    ReplyDelete
  2. kalau dah pencen boleh gak, tak pun suruh Pak Aji jer buka gerai goreng pisang!

    ReplyDelete
  3. Jual goreng pisang pun boleh untung lagi sama macam translation kot, tapi tak payah pulas2 otak!!! heheh

    ReplyDelete
  4. Betul, betul, dah puas guna otak, nak guna kederat pulak, x tension kepala!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...