As-salam.
Mak Aji baru balik dari kampung dan seperti biasa salah satu aktiviti wajib semasa di kampung ialah berkunjung ke pasar. Kalau di sekitar KL kita akan hanya dapat menikmati pelbagai tumbuhan/ulam-ulaman kampung di pasar tani, di kampung segalanya tersedia saban hari! Mak Aji pernag sekali merasa ulam bayam peraksi semasa balik kampung dahulu. Daunnya agak kecil dan apabila merasanya tiadalah berasa apa-apa yang istimewa dengannya. Pada kali ini yang kebetulannya musim tengkujuh,bayam peraksinya cukup subur sekali. Daunnya cukup besar dan lebar. Rasanya pula lemak dan rangup sekali - dicicah dengan budu dalam cuaca dingin bertemankan ikan budu/pekasam, maka bertambah-tambahlah nasi di pinggan!
![]() |
| Bayam peraksi yang segar bugar untuk Mak Aji tanam nanti! |
![]() |
| Saiz bayam peraksi yang biasa kita lihat - agak kurus keding! Sumber foto: https://www.flickr.com/photos/adaduitokla/6073167395/in/photostream/ |



