About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label pokok Disember. Show all posts
Showing posts with label pokok Disember. Show all posts

Tuesday, 3 June 2014

Fireball Lily - Terubat Sudah Kempunanku!

As-salam.

Bukan susah sangat untuk menggembirakan hati ini - cukup sekadar kembangnua bunga yang dinanti-nanti kembangnya membuatkan hati Mak Aji berbunga-bunga dalam keterujaan! Berakhirlah kempunan yang sekian lama bertakhta di hati!:

Kembangmu walau hanya sekuntum cukup menceriakan hati!
In full bloom, masya-Allah so beautiful!!
Another take on this awesome beauty!!


Sunday, 18 May 2014

Rupa Bayang Bunga Disemberku!!

As-salam.

Dalam pada membelek-belek pokok di bawah pergola mata Mak Aji terpandang sesuatu berwarna merah pada hujung bebawang pokok Disember! Fireball/bloody lilykah itu??? Lihatkan!:

Tiga pokok Disember - yang atas kiri dari Surabaya dan dua lagi dari EM Nursery. Cuba lihat warna
merah pada hujung bebawang itu!
Ini dia dari dekat - rupa bayang fireball/bloody lilyku!

Cukup teruja hati ini apabila bebawang yang baru sehari dua kusemai mula menampakkan tanda-tanda akan berbunga! Alhamdulillah setelah menunggu sejak tahun lalu lagi akhirnya penantianku akan berakhir! Jika anda belum pernah lihat bunganya mari Mak Aji kongsikan ya!:

Cantik bukan!!!

Monday, 17 February 2014

Apa Lagi Mahumu??

As-salam.

Mak Aji cukup seronok apabila melihat rakan-rakan peminat pokok buah dan bunga di FB memuat naik foto orkid harimau/tiger orchid yang galak berbunga. Mak Aji ada juga bertanya kalau-kalau ada petua untuk memujuk pokok yang di laman ini agar berbunga, namun tiada yang mampu memberi jawapan yang pasti. Mak Aji sudah berusaha dengan meletak baja bunga dan juga baja tahi ayam, tetapi setakat hari ini masih belum berhasil. Entah apa lagi yang perlu dilakukan??:

Apa lagi yang kaumahu? 
Mak Aji kawankan orkid harimau ini dengan kunyit hitam agar tidak 'sunyi' - jangan-jangan tidak mahu dia berbunga sebab tidak sukakan kawannya itu? He he, sengaja Mak Aji buat alasan sendiri!

Ada satu lagi pokok yang entah apa lagi mahunya - pokok Disember! Sampai hujung Disember pun memang tiada mahu dia berbunga. Ini pokoknya:

Memang degil kamu ya! Kita tukar namanya kepada nama lain ya!
Ada cadangan??


Wednesday, 4 December 2013

Wahai Disemberku, Mana Bunganya??

As-salam.

Kalau mengikut kata tuan asal pokok ini bulan Disember akan keluarlah bunganya. Itulah yang Mak Aji nanti-nantikan sebab Disember sudah menjelang! Apapun lihatlah pokoknya, tiadalah lagi kelihatan apa-apa tanda yang akan berbunga dia:

Pokok Disember.
Pokok Disember kelihatan sama sahaja seperti biasa, cuma dek kerana musim hujan, kut, daun-daunnya sedikit terkepak berbanding biasa. Adakah itu tanda yang akan berbunganya dia?? 

Apapun, Disember baru menjelang. Mungkinkah di pertengahan atau akhir Disember akan datang kembangnya?? Wallahualam! Hara-harap begitulah. 

Catatan: Pokok dukung anak tumbuh sendiri di pangkal pokok Disember.



Thursday, 3 October 2013

Update Pokok Disember

As-salam.

Kalau Diana dari blog KBB menyebut pada Mak Aji yang pokok Disembernya terus keluar bunga tanpa berdaun pun, Mak Aji pun berharap yang sama juga. Walau bagai manapun, nasib Mak Aji tidak sebegitu baik sebab yang tumbuh ialah daunnya dahulu dan bunganya entahlah bila agaknya (tumbuhlah Disember nanti ya!!)

Berikut rupa pokoknya. Anak pokok belum kelihatan lagi tetapi pokoknya kelihatan agak subur jugalah. Harap-harap mahulah dia beranak pinak kerana apabila banyak nanti mahu juga Mak Aji siapkan flower bed untuknya (berangan-angan jangan tidak!):

Pokok Disember tunggal. Harap cepatlah dia membiak.

Untuk manfaat mereka yang belum pernah lihat bunga daripada pokok ini, layanlah foto berikut:

Cantik, kan!!


Monday, 12 August 2013

Bunga Disemberku

As-salam.

Salah satu pokok bebawang yang Mak Aji cukup sayang ialah pokok Disember yang merupakan satu-satunya benih yang ada dalam simpanan. Mak Aji membawanya pulang dari Surabaya beberapa bulan lalu. Yang selebihnya dirampas kastam sebaik sahaja dibuat imbasan di lapangan terbang - hampir gugur air mataku!

Ini rupa bunganya ketika pertama kali Mak Aji melihatnya:

Tambah kapsyen

Atas nasihat Diana dari blog KBB, Mak Aji korek sedikit bebawang itu (yang sebelum ini hampir keseluruhannya terbenam di dalam tanah, seperti foto di bawah) agar akan muncul anak-anaknya nanti. Sehari dua lepas Mak Aji perhatikan perkembangannya (foto akhir):

Pada akhir Mei lepas. Hidup segan mati tidak mahu. 
Seronok melihat perkembangannya!

Besarlah harapan agar pokok ini akan hidup subur, beranak-pinak serta akan berbunga menjelang Disember nanti (kalau tidak berbunga juga, kita tukar sahaja namanya ya!). 



Thursday, 14 March 2013

Pokok Disember



As-salam.

Seperti yang pernah Mak Aji sebut sebelum ini, apabila ke Surabaya sekali lagi Mak Aji akan mendapatkan benih pokok bunga yang agak pelik yang pernah Mak Aji tunjukkan sebelum ini. Ini rupanya:
           
Pokok Disember.
Mak Aji ada menunjukkan foto pokok ini kepada pemilik spa yang Mak Aji kunjungi semasa di sana. Dialah yang memberi maklum yang nama pokok ini pokok Disember sebab pokok ini hanya berbunga sekali setahun pada bulan Disember! Pemilik spa tersebut, Yaya memberi satu pokoknya, jenis bebawang, seperti berikut:

Pokok Disember yang diberi Yaya.

Untuk membawanya pulang, Mak Aji memotong batangnya dan membungkusnya di dalam kertas dan berikutnya dengan kain batik pula. 

Apabila Mak Aji ke rumah kawan di Sidoarjo, tempat Mak Aji pertama kali melihat pokok ini, Mak Aji bertemu dengan jiran sebelah kawan itu, tuan punya pokok. Dia dengan murah hati menggali sekitar 10 pokok untuk Mak Aji bawa pulang. Sayang seribu kali sayang kesemuanya dirampas kastam! Terasa bagai hendak tumpah air mata mengenangkannya!!

Jadi, pokok di atas sahajalah yang selamat dibawa pulang. Mak Aji sudah menanamnya dan berharap menjelang Disember hadapan akan keluarlah bunganya pula! 

Selepas dipotong sebahagian batangnya.
Selamat ditanam.
Ini pokoknya dari dekat.
Deretan pokok Disember sebelum sebahagiannya digali untuk diberi kepada Mak Aji.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...