As-salam.
Kalau mengikut kata tuan asal pokok ini bulan Disember akan keluarlah bunganya. Itulah yang Mak Aji nanti-nantikan sebab Disember sudah menjelang! Apapun lihatlah pokoknya, tiadalah lagi kelihatan apa-apa tanda yang akan berbunga dia:
Pokok Disember. |
Pokok Disember kelihatan sama sahaja seperti biasa, cuma dek kerana musim hujan, kut, daun-daunnya sedikit terkepak berbanding biasa. Adakah itu tanda yang akan berbunganya dia??
Apapun, Disember baru menjelang. Mungkinkah di pertengahan atau akhir Disember akan datang kembangnya?? Wallahualam! Hara-harap begitulah.
Catatan: Pokok dukung anak tumbuh sendiri di pangkal pokok Disember.
jangan2 december 2014 tak baru berbunga hehe
ReplyDeleteSalam Kam,
DeleteAlahai janganlah, biarlah Disember ni! Dah berbulan kawan tunggu tau!
Oh pokok Disember namanya..
ReplyDeleteSalam Mar,
DeleteItu namanya yang dipanggil oleh orang Surabaya. Mak Aji bawa balik benih dari sana. Kalau tak silap juga dipanggil nama fireball lily.
Jgn siram pokok tu biar dia mati kering, lepas sebulan siram semula, insyaallah bunga akan keluar diikuti daun.
ReplyDeleteSalam Gardener,
DeleteMemang sekarang tak siram pun sebab hari2 hujan. Kalau gitu kena alih ke tempat tak kena hujanlah ya? Insya-Allah akan dicuba nanti. Terima kasih atas nasihat.
Masih ada 26 hari lagi dalam bulan Disember ni.. kita tengok berapa hb. pokok tu akan mengeluarkan bunganya.. ;)
ReplyDeleteSalam Aizamia,
DeleteYalah masih panjang lagi Disember n i, kan! Masih boleh diberi peluang lagi!
Assalam Mak Aji..
ReplyDeleteTunggu jg nak tengok bunganya yang cantik tu...
Salam Maszz,
DeleteMari kita sama-sama tunggu ya!
Bunga bermusim, mencabar Mak Aji.. penantian satu penyiksaan. Tapi kalo dijage elok pastinya takan kecewa..
ReplyDeleteSalam Pedasdanmanis,
DeleteMemang mencabar! Insya-Allah, itulah dia, kalau Diana KBB dibiarkan aje, bukan dibelai sangat pun tapi hasilnya masya-Allah!
wah tak sangka ada pokok nama pokok disember! takjub ni.bila dah berbunga jangan lupa share pic
ReplyDeleteSalam Ju,
DeleteItulah nama yang diberikan orang Surabaya tempat Mak Aji bawa balik benihnya tu. Sebenarnya kat sini pun ada tapi Mak Aji tak pernah jumpa lagi. Insya-Allah bila berbunga tentunya akan dikongsi!
Assalammualaikum Mak Aji.
ReplyDeletecantik lah nama pokok bunga ni ' disember'..semoga sempat berbunga sebelum disember 2013 berlalu.Jangan lupa kongsi tengok bunganya k.
Salam Puteri,
DeleteHarap begitulah, jangan berlalu Disember bunga entah ke mana! Insya-Allah!
salam mak aji, ooo nama pokok disember...saya pun ada pokok ni, pun blum penah bebunga...
ReplyDeleteSalam @na,
DeleteOh, ada ya tapi tak tahu nama, he he. Kat sini katanya namanya fireball lily dan satu lagi nama entah apa lupa pula. Dah berapa lama @na bela pokok ni?