About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday 26 December 2013

Buah Anggur - Update 5

As-salam.

Sekembali Mak Aji dari berpergian, antara yang pertama yang dijenguk di laman, anggurlah. Daripada empat tangkai yang dibalut surat khabar, tinggal satu sahaja yang kekal berbalut! Satu tangkai selamat putus dari tangkainya dengan kertas pembalutnya sekali! Yang dua lagi buahnya masih ada dan satu lagi alhamdulillah selamat, cuma perlu diperkemas surat khabarnya agar tidak dipulas angin lagi.

Saiz anggur tiada banyak perbezaannya sejak Mak Aji kali akhir Mak Aji tengok. Lambat benar membesar anggur ni!

Semasa Mak Aji di Jordan dan Palestin, Mak Aji perhatikan hampir setiap buah rumah ada para anggur (selain pokok zaitun, tentunya) sama ada di laman terutama di hadapan rumah. Kebanyakan pokok sudah agak togel daunnya sama ada sengaja dipangkas atau memang luruh sendiri sebab memang musim luruh pun (walaupun di sebahagian tempat salji turun juga). Ada pokok anggur yang daunnya hijau (buah hijaulah agaknya dan ada juga yang berdaun kemerah-merahan (buah merah atau hitamlah agaknya). 

Kalau melihatkan kadar perkembangan buah anggur ini makan bulan lagilah agaknya baru boleh matang. Buahnya masih kecil dan masih pejal lagi. Hai anggur, memanglah engkau menduga kesabaranku - sabarlah hati Mak Aji (teringat lagu Penantian Satu Siksa!).

Catatan: Kiranya anda sudi membaca tentang ziarah Mak Aji ke Baitul Maqdis, silalah berkunjung ke sini:
http://ummumadihah898.blogspot.com/ (promo sikit, jangan tak promo, he he!)




20 comments:

  1. mungkin keadaan cuaca yg kurang sesuai utk anggur tu...tp sekurang2nya berbuah la jugak,kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Agaknya hujan kebelakangan ini yang kurang sesuai kut, entahlah! Berbuah tu yalah tapi agak kurang eloklah.

      Delete
  2. salam makji,
    Alhamdulillah ade jugak yang masih menunggu makji balik tuh..agaknya kalau tanam anggur nie mudah sekali kat negara kita memang akan ade stiap laman jugak rsnya kan makji...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Alhamdulillah ditunggu ya! :) Betul tu, nescaya semua orang makan anggur tanam sendiri je, yang kat kedai tak laku, he he!

      Delete
  3. Oh... balik dari honeymoon kisahnya Mak Aji ye. Tak apa kakak komen dulu tang anggur ini lepas tu baru kakak nak tengok link yg dibagikan itu.

    Harap-harap membesar dgn sihatlah anggur yg berbaki ye Mak Aji. Itulah untung ada laman luas banyak boleh tanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      He he, saja je tu, dah pergi dua orang je, honeymoonlah konon!

      Yang Mak Aji tengok semasa kat sana tu, tak perlu laman luas pun, mereka buat para kat porch aje, antara porch ngan pintu pagar, semacam gerbang! Cuma semasa Mak Aji tengok tu daunnya sama ada dah luruh atau dah kena pangkas, jadi togel ajelah. Boleh bayangkan macam mana rupanya bila para tu penuh daun dan berbuah pulak tu!

      Delete
  4. Salam Mak Aji,

    elok la anggur tu lambat lg matangnya sbb selalunya yg matang waktu musim ujan rasanya masam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Oh gitu ke? Kalau gitu biarlah lama sikit sampai habis musim hujan ni dan hasilnya insya-Allah manis ya!

      Delete
  5. Teringin juga nak tanam anggur... entah bila la tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Jom tanam Mar, pokok yang pada Mak Aji menimbulkan suspens kepada penanamnya!

      Delete
  6. salam mak aji...bestnya tgk anggur tu.wah menariknya dapatt ziarah baitul maqdis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,

      Itu aje yang tinggal anggur Mak Aji tu. Nampak gaya kena banyak belajar lagi ni agar lebih berhasil lain kali. Alhamdulillah dapat ke sana untuk berziarah.

      Delete
  7. Assalam mak aji,

    dah rasa ke anggurnya? Manis x anggurnya?....selamat kembali dan bersiaran kembali. :) jom ke blog mak aji lagi satu. hehe......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Sebelum ke Baitul Maqdis Mak Aji ada cuba rasa sebiji yang memang ada kesan suntik sikit, masamnya mak ai! Tapi tak heranlah sebab masih belum cukup matang lagi, masih kecik buahnya. Kalau dah matang masam juga entahlah! Jom, he he!!

      Delete
  8. Salam Mak Aji, antara tips yg saya baca dlm tanaman anggur ni kene buat total pruning. Baje yg betul sblum prunning (k tinggi). Nak maniskan buah siram dgn air teh. Saya tertarik dgn blog mr jon.. gambar dan maklumat tentang hobi tanam anggur. http://jongrapevines.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pedasdanmanis,

      Terima kasih banyak2 atas petua juga link yang diberikan! Kalau boh serbuk teh bolehke? Nanti bila hujan jadi air teh juga, kan!

      Delete
  9. Selalunya musim luruh mereka buat hardpruning.
    Kiranya kalau kita lepas berbuah kena pangkas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Terima kasih Diana atas nasihat! Sekarang pokok ni pun daun dia tak banyak walaupun tak pangkas, macam tahu je musim luruh, eh dah nak winter dah ni.

      Delete
  10. Salam,
    Pokok anggur saya dah buang daun, tapi bilalah nak berbuah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Juhariah,

      Pengalaman Mak Aji, bila lepas pangkas, pucuk baru akan muncul tidak lama selepas itu, pastu bunga akan keluar, dah tu buahnya pula!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...