About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday 26 December 2013

Sepeninggalanku, ...

As-salam.

Sepanjang ketiadaan Mak Aji dan Pak Aji selama lebih kurang 10 hari (seperti juga tukang kebun lain) hati gundah mengingatkan pokok di laman, jangan ada yang lupa siram, alamat kekeringanlah mereka! 

Sepeninggalan tersebut pokok kari dan pokok betik mati - entah apalah sebabnya - kata anak, "hari-hari disiram kecuali hujan!" - sudah sampai ajalnyalah tu agaknya. Pokok Disemberku juga kelihatan selamba sahaja - wei, dah habis Disemberlah Yang ooi, mana bunganya?? Memanglah kamu ni kena ditukar namamu!

Walaupun begitu, bunga-bunggan lain membuat Mak Aji senyum jugalah, alhamdulillah:

Walau pokoknya habis botak dikerjakan entah apa, namun kembangmu nan sekuntum mengubat hati nan gundah!
Indah nian si bunga kucai! (TQ Awin!)
Bunga melur
Mexican petunia - indah ungumu walau kembangnya seketika cuma.

Lili pertama kali berbunga selain semasa dibeli dahulu.
Mulber - dan lagi dan lagi buahmnya!
Yang di pasu pun sudah mula berbuah.
Hasil dua kali tuaian - tuaian pertama sempat kena salji dalam freezer!
Kembang kemboja cukup ceria sekali!



4 comments:

  1. assalam Mak Aji... saya dah tinggalkan KL 6 hari... entah apa cerita yang ditinggalkan disana... yg kat sini happy la hari panas si tukang siram dah balik... sama macam mak aji...pokok betik 2 pokok mati disini... tak tau sebab apa.. btw senang hati kan tengok bunga2 ceria tak terjejas bila ditinggalkan.. cantik ros tu.. lili tu wangi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Itu yang susahnya bila tukang kebuh asyik hilang je! Pokok betik tak suka banyak air ke agaknya ya? Yang kelakarnya ros tu elok je muncul sekuntum. Daunnya semua togel dikerjakan serangga ke apa entah. Entah apalah nasibnya ros ni, jangan mati sudah! Lili tu wangi ke? Tak perasanlah pulak!

      Delete
  2. Salam makji,
    Alah kang menantu ade kang boleh tengokkan .heheh..takpun suruh Aleesya tlg jagakan..:)
    Alhamdulillah nampaknya semua berseri sambut kepulangan tuan mereka tuh..byk balik ole2 tak tuk mrk..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Dua2 menantu kerja Yang oi, mereka pun biasa balik lebih lewat kadang2 tu! Aleesya tentu sah boleh jaga, he he!! Ole2 adalah sikit, jangan tidak. Harga barang agak mahal juga bila dah convert ke duit kita, x daya orang pencen ni nak layan beli souvenir banyak2 eh! Aleesya dapat unta lagi, he he, suka dia!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...