About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label projek laman. Show all posts
Showing posts with label projek laman. Show all posts

Sunday, 14 September 2014

Up-date Laman Belakang

As-salam.

Hari minggu Mak Aji tunggu-tunggu untuk mengerjakan laman belakang yang masih belum siap sepenuhnya. Beberapa hari lepas anak Mak Aji angkut tanah beberapa kali menggunakan kereta sorong untuk memenuhkan batas yang separa siap. Setelah Mak Aji susun bata Mak Aji dapati perlu ada tambahan bata lagi - insya-Allah kalau sempat esok perlu dibeli lagi. Mari kita lihat perkembangan setakat ini:

Agak-agak separuh siap petang tadi sebelum hujan turun dengan lebatnya.
Sekali pandang macam jigsaw puzzle pun ada ya!
Kacang panjang renek dipindahkan ke tanah (baru pulih dari serangan bena putih) dan di kanan sekali rumput cina.
Hempedu bumi punya tempat sendiri.
Mak Aji perlu tambah bata untuk batas, tanah lagi untuk batas, selepas itu perlu pasir untuk selesaikan tanah berselut ini apabila hujan. Akhir sekali perlu rumput sebagai tutup bumi. Tentunya perlu penuhkan ruang batas dengan tanaman yang sesuai - beberapa jenis benih sedang disemai dan menunggu untuk dialihkan ke tanah nanti. 

Kalau sebelum ini batang paip melintang laman belakang. Beberapa hari lepas Pak Aji tolong alihkan batang paip agar kedudukannya lebih sesuai dan tidak mengganggu pemandangan (tidak sakit mata!) Tidak sabar rasanya untuk menyiapkan projek ini dan melihat hasil akhirnya!




Saturday, 30 August 2014

Herba ke, Sayur ke, Bunga ke?

As-salam.

Sebelum ini Pak Aji ada menyebut yang dia mahu menambah bilik air di ruang beranda belakang untuk kemudahan tetamu yang datang setiap kali gurunya datang untuk menganjurkan kelas. Dengan gurunya meninggal dunia pada April lepas, maka projek tersebut dibatalkan begitu sahaja. Mak Aji pun bolehlah ambil alih projek di ruang yang sama - projek berkebunlah! 

Sekarang Mak Aji dalam dilema, mahu ditanam apa, herba ke, sayur ke, bunga ke?? Setakat ini sudahlah ditanam pokok bunga di tepinya, cuma sementara dibantu kerja beratnya - tambak tanah agar tinggi sedikit berbanding sekarang. Lihatkan ruang yang Mak Aji ada ini dan jika ada idea, bolehlah bantu Mak Aji merancang pelan susun aturnya ya!?:

Ruangnya tak seluas mana dengan 2 batang paip air merentang . Pun ada pokok mangga di kiri dan di tengah-tengah pula ada pokok betik yang sedang berbuah. 
Pening kepala juga ya untuk merancang susun aturnya!
Kalau digabungkan pokok bunga, sayur juga herba boleh juga, kan. Tiada siapa yang boleh saman! Kenalah Mak Aji buat research sedikit dengan pak cik Google. Ada sesiapa boleh bantu??



Thursday, 3 October 2013

Projek Persempadanan

As-salam.

Apabila membaca tajuk bunyinya macam persempadanan semula kawasan mengundi ya, he he! Jangan risau, musim mengundi sudah lepas, ini pula projek mega Mak Aji, membuat sempadan di laman - yang pernah Mak Aji sebut tidak lama dahulu. Projek ini sudah berjalan sedikit demi sedikit dan sudah agak kelihatanlah hasilnya alhamdulillah! Saksikan:

Sorry, no cars beyond this point! Arbor yang memisahkan kawasan berkonkrit dan berumput.
Pokok akar dani di kiri arbor dan di kanan pula kesidang dan pokok ketok-ketok (masih kecil lagi).
Pokok sudah ada yang melebihi sekaki tingginya.
Yang ini juga agak subur, apalagi dengan siraman air semulajadi.
Lagi satu sisi.
Hujung sempadan - kawasan ini tanahnya agak kurang subur sedikit.
Sempadan nampak gayanya lebih hijau daripada berwarna-warni. Teringin pula untuk Mk Aji berikan suntikan warna agar lebih ceria sempadan ini - sekali pandang macam anak-anak beratur di sekolah sahaja! Bilalah agaknya boleh keluar ke nurseri ni agar boleh ditinjau bunga-bungaan!





Friday, 5 April 2013

Update Projek Laman

As-salam.

Petang semalam kami menyambung projek laman. Oleh kerana kami tidak berapa kuat mencangkul tanah dan juga dengan tujuan memberi kerja kepada sepasang suami isteri (suaminya baru hilang kerja), maka bermulalah kerja membuat batas dan hiway ke pergola dengan bantuan mereka. Petang ini kerja insya-Allah akan bersambung lagi. Memang cukup lasak mereka ini, tahan panas, Mak Aji nak celik mata pun tak larat dek panas terik! 

Ini hiway sebelum ini.
Ini pula semalam - baru acah2 dulu letak stepping stones tu.
Kelihatan di kanan, Hamzah sibuk membuat batas bunga disekeliling sempadan konkrit manakala isterinya mencangkul tanah untuk menghasilkan batas.

Terima kasih Hazayri atas pendapat bernas!! Tidak sabar rasanya melihat yang siap nanti!


Saturday, 16 February 2013

Ke Mana Hendak Kubawa?

As-salam.

Pergola cuma satu tetapi pokok yang hendak memanjatnya lebih daripada satu, ada anggur yang sudah siap memanjat sampai ke atas dan semakin sihat dan subur pulak tu! Ada pula akar dani yang setakat ini 'buat derk' sahaja kat pegola tu (tidak menunjukkan kecenderungan untuk memanjatlah tu!).  Ada pula pokok Nasir yang semakin subur dengan ke sana ke sini sibuk hendak memanjat dan ada pula pokok kesidang yang agak malu-malu di sebalik pokok Nasir yang agak agresif. 

Pak Aji ada bertanya Mak Aji tentang cara untuk 'melembutkan' sedikit laman (selepas dikonkrit laluan masuk kereta) dan Mak Aji memberitahu apa yang terbayang di benak ini. Dia diam sahaja membisu tanpa mengangguk atau menggeleng. Hai, susah juga bincang dengan menteri kewangan ini, susah untuk mendapat kelulusan projek! Karang Mak Aji pakai bajet sendiri yang tidak perlu mendapat kelulusan baru tahu, tetapi alahai keluar dari kantung sendiri - Ah, itu yang tidak syok tu!! Apapun kita lihatlah nanti perkembangan seterusnya ya!!

Kalaulah ikut kepala Mak Aji, (tidak puas cakap tu) mahu sahaja dibuat planter boxes daripada batu bata keliling kawasan konkrit itu dan di tempat yang memisahkan kawasan berkonkrit dan berumput dibuat sebuah arch sebagai pemisah kedua-dua ruang. Dan, yang paling penting arch itu akan menempatkan pokok kesidang yang bakal berbunga wangi semerbak! Berangan-angan sahajalah dahulu, mana tahu angan- angan menjadi kenyataan!!??

Pagi ini Mak Aji dengan pertolongan Boy menanam pokok kesidang terlebih dahulu meskipun tiada trellis atau mini pergola atau arch untuknya memanjat nanti (hendak paksa-rela Pak Aji buatkannya nanti - itu strategi namanya!!). Longgokan putih di kanan itu beberapa beg simen untuk projek Pak Aji yang belum selesai. Kononnya hujung arch akan terletak di tempat simen itu nanti.

Kesidang sudah ditanam, tinggal lagi kena bina tempat panjatnya nanti!
Apa kata dibuat planter boxes di sekeliling sempadan kawasan konkrit dan berumput??
Ini pula sempadan bahagian hadapan.

Ke mana lagi hendak kubawa pokok Nasir ya?? Have to sleep on it! Mana tau timbul pula idea dalam bentuk mimpi??





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...