As-salam.
Hari minggu Mak Aji tunggu-tunggu untuk mengerjakan laman belakang yang masih belum siap sepenuhnya. Beberapa hari lepas anak Mak Aji angkut tanah beberapa kali menggunakan kereta sorong untuk memenuhkan batas yang separa siap. Setelah Mak Aji susun bata Mak Aji dapati perlu ada tambahan bata lagi - insya-Allah kalau sempat esok perlu dibeli lagi. Mari kita lihat perkembangan setakat ini:
Agak-agak separuh siap petang tadi sebelum hujan turun dengan lebatnya. |
Sekali pandang macam jigsaw puzzle pun ada ya! |
Kacang panjang renek dipindahkan ke tanah (baru pulih dari serangan bena putih) dan di kanan sekali rumput cina. |
Hempedu bumi punya tempat sendiri. |
Mak Aji perlu tambah bata untuk batas, tanah lagi untuk batas, selepas itu perlu pasir untuk selesaikan tanah berselut ini apabila hujan. Akhir sekali perlu rumput sebagai tutup bumi. Tentunya perlu penuhkan ruang batas dengan tanaman yang sesuai - beberapa jenis benih sedang disemai dan menunggu untuk dialihkan ke tanah nanti.
Kalau sebelum ini batang paip melintang laman belakang. Beberapa hari lepas Pak Aji tolong alihkan batang paip agar kedudukannya lebih sesuai dan tidak mengganggu pemandangan (tidak sakit mata!) Tidak sabar rasanya untuk menyiapkan projek ini dan melihat hasil akhirnya!
Salam mak aji, ada kolam ikan tak nanti?
ReplyDeleteSalam Chot,
DeleteAla, kolam ikan takdelah Yang, ruang pun tak sebesar mana nak 'mengolam'. Dulu pernahlah lontarkan idea tu kpd Pak Aji tetapi dia dah malas membela ikan - dulu pernah bela di rumah lama, kolam besar, bela hampir seratus jugalah ikan koi, ada yg sepanjang 3 kaki tapi ikan semua mati sebab elektrik terputus sebab petir. Kami takde kat rumah ketika itu. Sekeluarga 'berkabung', anak bongsu menangis, ak Aji menung panjang. Lepas tu takdelah lagi bela ikan!
seronoknya punya tanah yg luas...mcm2 boleh tanam..
ReplyDeleteSalam Kam,
DeleteBelum siap lagi tu Kam, pun belum pasti lagi apa lagi nak tanam. Pak Aji cakap biar yang boleh makan!
Salam mak aji..cantik edible garden mak aji...nti tnm rumput lg cantik..letak batu refleksiologi pulak.
ReplyDeleteSalam Cucubulat,
DeleteMasih dalam pembikinan tu. Hari ni pulak sibuk dengan 2 jemputan, rancangan tergendala pulak. Rumput tu dalam perancangan, batu refleksologi belum pasti lagi.
salam mak aji,
ReplyDeleteseronoknya tgk lay out backyard mak aji ni...nnti semuanya boleh dipetik2 kat sini...
Salam @na,
DeleteTengah dok buat finishing touches ni agar nampak elok sikit. Itulah dia, nak main petik2lah dari sini!