As-salam.
Kali terakhir anggur berbuah Mak Aji sarungkan baju plastik agar terlindung daripada mata makhluk perosak yang terdiri daripada burung, tupai dan yang sewaktu dengannya. Kali ini setelah mengambil manfaat daripada kawan-kawan dari FB, Mak Aji bertukar ke baju jaring pula. Ada rakan yang menggunakan jaring untuk gosok badan semasa mandi menggunakan shower foam tetapi setelah Mak Aji mencari di pasaraya berdekatan, tiada yang dijumpai. Yang ada cuma jaring penyental pinggan mangkuk - maka itulah yang Mak Aji gunakan! Lihatkan:
|
Baju orenku - cantik, tak?? |
|
Selak sikit, hah tu dia! |
|
Kedua-dua tangkai bertahi lalat - kenapa ya?? |
Berikut pula keratan anggur yang Mak Aji beli daripada rakan bertanam anggur di FB. Ada 4 keratan semuanya dan 3 sudah bertunas manakala satu lagi belum. Lihatkan:
|
Keratan no. 1 - alhamdulillah bertunas! |
|
Keratan no. 2 - bertunas. |
|
Keratan no. 3 - bertunas. |
|
Keratan no. 4 - belum bertunas. |
Berikut pula keratan angur jenis masak hijau (seperti di foto atas) yang Mak Aji semai sendiri setelah kerja-kerja mencantas ranting anggur. Ada yang main cucuk begitu sahaja tanpa meletak serbuk penggalak akar pun. Alhamdulillah elok sebahagian besarnya.
|
Keratan yang Mak Aji semai - ada yang sudah dicop orang! |
|
Ini hasil dapatan pagi ini - anggur yang sudah menjadi kismis tanpa disedari Mak Aji! |
Apabila sudah besar nanti pokok-pokok anggur, maka timbullah pula isu - manakan kuletak para anggur pula?? Mak Aji sedang meninjau-ninjau ceruk mana lagi yang akan dimanfaatkan!
Seronok tengok gugusan anggur tu, jenis tanpa biji ka Mak Aji? Tak kisah apa pun janji yg ditanam sendiri. Kepuasan tak ternilai..
ReplyDeleteSalam Sudais,
ReplyDeleteAda biji ni. Buahnya takdelah selebat orang lain punya, macam anak2 sekolah yang lulus periksa cukup makan je! Betul tu. Apapun bila kita punya sendiri seronok juga.