As-salam.
Beberapa hari lalu sambil Mak Aji meninjau-ninjau laman hadapan Mak Aji disapa lembut oleh haruman kesidang yang cukup wangi. Alhamdulillah seronok rasanya pada ketika itu! Jambak bunganya tidak kelihatan namun harumannya cukup untuk menandakan kehadirannya! Setelah dibelek-belek maka kelihatanlah bunganya:
Alhamdulillah atas anugerah-Mu! |
Sila abaikan benda yang di hujung kanan atas - bukan hantu yang enter frame, sekadar jari jemari Mak Aji memaut ranting! |
MasyaAllah cantiknya kesidang mak aji...subur...tentu wangi semerbak tu...
ReplyDeleteSalam @na,
DeleteBunganya cantik dan yang paling istimewanya cukup wangi - macam bau bunga rampai!! Pokok taklah sesubur manapun. Mak Aji baru dapat petua baru agar pokok ni rajin berbunga- buang sebahagian daunnya!
Mak Aji , kat tempat saya panggil pokok bunga kerak nasi...kecik kecik dulu sllu main pakai bunga nii..
ReplyDeleteSalam Sud@is,
DeleteKat kampung Mak Aji pun dipanggil kerak nasi juga! Tentu comel je Sud@is pakai bunga ni selit kat telinga!!
Seronoknya mak aji..cantik dan subur bunganya.sy mmg gemar bunga2 wangi ni..
ReplyDeleteSalam Cucubulat,
DeleteItu yang bestnya ada pokok wangi di laman, belum nampak lagi dah tercium bau harumannya - macam kena loteri je pagi2!
salam singgah..
ReplyDeletekesidang ye namenye? dekat rumah mil ade,tp xtau name..kami panggil pokok bunge rampai..sbb bau mcm bunge rampai je..
-imm-
Salam Imm,
DeleteMemang ya pun baunya macam bunga rampai! Sekarang tak ramai org buat bunga rampai, sekadar cium bau bunga ni ajelahlah untuk mengingatkan kita akan haruman bunga rampai ya!
assalammualaikum Mak Aji.
ReplyDeleteSaya nak tanam bunga ni, tanam dari benih ke atau keratan batang?..hihihi seriusnya emosi saya..nak sangat lah tu..hahaha..
Waalaikumusalam Puteri,
DeleteMak Aji beli je pokok ni kat nurseri. Beberapa kali Mak Aji cuba tanam keratan batangnya belum lagi menjadi, enyah apa silapnya. Begitu juga dengan akar dani. asyik tak menjadi aja!?
Assalammualaikum Mak Aji,
ReplyDeletecantiknya kesidang mak aji......best berbau wangi je duduk luar rumah. :D
Waalaikumussalam Ibu Qis,
DeleteBau yang wangi bonus untuk tukang kebun sambil berkebun kat laman!
Waaa mak aji dah disapa...cantik bunga nya...berapa lama amik masa nak berbunga mak aji
ReplyDeleteSalam Nadia,
DeleteMak Aji beli pokok ni kat nurseri dah agak besar juga. Jadi tak lama berbunga dia.