As-salam.
Pada penghujung Syawal lepas Mak Aji serta anak dan menantu (juga cucu) berkunjung ke rumah rakan blogger Kebun Bahagia Bersama (KBB) yang agak dekat jaraknya dengan rumah Mak Aji. Mak Aji cukup seronok apabila memikirkan ada rakan-rakan blogger lain yang akan hadir sama, terutama sekali yang hanya bersua di alam maya - peluang untuk bersua muka pula!
Cuba teka siapa yang Mak Aji tunjukkan dalam foto berikut:
Sayangnya tuan rumah tiada bersama-sama dalam foto ini sebab sibuk melayan tetamu! Cuba teka siapa gerangan kami!? |
Maaf ya Diana, kononnya selepas itu mahu Mak Aji rakamkan foto kita semua, tetapi hajat tidak kesampaian sebab Mak Aji terpaksa pulang cepat sebab cucu sudah tidur - kasihan pulak budak kecil tu! Dalam mahu cepat terlupa pula untuk rakam lebih banyak foto. Insya-Allah pada lain kesempatan ya!
Mak Aji masih tercium-cium bau harum bunga kemuning yang mengharum laman Diana!
Semoga ikatan ukhwah sesama kita semakin erat, insya-Allah! Sayang sekali Mar dari blog Suka-suka tidak dapat bersama-sama kami kerana arwah suaminya ketika itu kurang sihat.
hehehe....tersenyum2 pulak saya tgk gambar ni. best g rumah diana,dapat jumpa mak aji dan awin dan diana. semoga persahabatan kita semua kekal till jannah. Al-fatihah buat kak mar atas pemergian suami beliau.
ReplyDeleteSalam Ibu Qis,
DeleteHe he, Mak Aji pun seronok dapat jumpa Ibu Qis terutamanya sebab belum pernah jumpa. Sayangnya Mak Aji x dapat lama sebab si Mikhail yang dah tidur tu. Pun x sempat nak cuit pipi gebu Qis tu! Insya-Allah, itulah harapan Mak Aji juga. Mar juga masih belum boleh berblogging seperti biasa lagi. Al-Fatihah untuk suaminya.
salam
ReplyDeleteharap2 saya jugak ada rezeki utk bersua muka dgn mak aji..
Salam Kam,
DeleteMak Aji juga harapbegitu. Manalah tahu ada rezeki ke Kulim boleh kita buat date!
Alhamdulillah ukhuwah yg indah bila bertemu begini kan MakAji
ReplyDeleteKakak kenal MakAji tapi lagi dua tu siapakah gerangannya?
Salam Kakzakie,
DeleteUntuk pengetahuan, di kiri Awin dari blog Petak Hijau dan yang tengah Ibu Qistina dari blog Pencinta Alam, Pemakan yang Hebat Penyayang pada Keluarga! Inilah wajah di sebalik blog masing2! Mak Aji belum lagi kenal wajah Kakzakie ni!!
Salam makji,
ReplyDeletewah kemain dating yer...heheh..y cam siawin tuh .yg tengah tuh ..hmmm..awal2 lagi dah dtg mengaku yer...heheh..st sebenarnya dok imagine ibu qis tuh lain sket muka dier...
p/s ..pssstt nanti kite dating habis habisan yer makji..:)
Salam UAA,
DeleteHe he he, seronok weh bila jumpa! Walau tak pernah bersua muka, berborak macam dah kenal 10 tahun! Itulah dia rupa Ibu Qis yang tiada lainnya. Sebelum Mak Aji jumopa Ibu Qis, Mak Aji dah 'skodeng' kat FB dia, jadi dah tahulah macam mana rupa dia!
Dah balik sini nanti boleh je kita dating puas-puas! :)!!