About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label bunga kunyit. Show all posts
Showing posts with label bunga kunyit. Show all posts

Tuesday, 1 November 2011

Kunyit Berbunga Lagi

Beberapa hari lepas semasa nak petik daun kari, ternampak pokok kunyit berbunga lagi - seronok - murah rezeki! Ni gambarnya sebelum dipetik. Gambarnya kurang terang, kamera telefon saja (bila agaknya nak dapat yang agak baik sikit??) 



Saturday, 15 October 2011

Dapat Hadiah Bunga

Pagi-pagi lagi Pak Aji sibuk memanggil Mak Aji untuk diberi hadiah!?? Terpinga-pinga Mak Aji - buang tabiat apa?? Rupa-rupanya dia terlihat bunga kunyit yang sedang kembang mekar di belakang rumah, terlalu teruja dia agaknya. Dia memang tahu Mak Aji memang suka bunga kunyit dibuat ulam. Apa lagi, untuk makan malam, dia minta nasi goreng udang dan dimakan dengan ulam bunga kunyit dan juga petai jeruk (hari Sabtu bolehlah makan, esok sempat hilang bau petai sebelum ke pejabat hari Isnin!). Udang besar kami beli di Tanjung Karang, selepas balik dari Sabak Bernam hari Khamis lalu. Agak murah daripada biasa harganya, dan memang segar, baru dibawa naik dari laut! Apa lagi, laju saja nasi goreng, sambil makan sambil borak, tau-tau saja hampir semangkuk besar licin!

Bunga kunyit
Ni dia bunga kunyit dari dekat - boleh tahan besarnya!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...