As-salam.
Beberapa tahun lalu Mak Aji ada menanam pokok bunga bakawali (di dalam pasu plastik) dan setiap kali bunganya hampir kembang, kami angkut pasunya dan letak di atas meja makan sambil menunggu saat bunganya kembang tepat jam 12.00 malam! Berikut salah satu bunga yang sempat Mak Aji rakam fotonya dan disimpan sebagai kenangan:
Bunga bakawaliku yang masya-Allah cukup cantik sekali!! |
Sekarang di laman pokok bakawali ada tetapi belum berbunga lagi. Entahkan begini bunganya entah kan tidak! Apapun akan kutunggu akan tibanya saat pokoknya berbunga dan bunganya kembang seperti tempoh hari!
saya tak pernah tgk...harum kah baunya mak aji..
ReplyDeleteselalu dgr cerita,kena tunggu jam 12 malam utk tgk dia berkembang..
Salam Kam,
DeleteBaunya memang harum lembut! Memang kami berkerumun meja makan tu jam 12 untuk melihatnya kembang, riuh satu rumah!
Memang cantik, kena tunggu tu, saya selalu teruja bila bunga bakawali akan berkembang.
ReplyDeleteSalam Srikota,
DeleteMemang mengujakan saat2 menunggu bunganya kembang, apalagi apabila bunganya benar2 kembang.
sy ada nampak macam jiran depan rumah ada tanam pokok ni, tp slalu sgt bunganya kembang, agaknya bunga lain kot
ReplyDeleteSalam Rose,
DeleteYang Rose tengok bunga tu kembang pada jam 12 malam ke?? Kalau bukan jam 12 malam bukan bunga ni, bunga lain kut!
MasyaAllah, mak aji lawanye...bunga bakawali...tk penah tgk seblum ni
ReplyDeleteSalam @na,
DeleteSebenarnya setakat yg Mak Aji tahu, ada bunga ni yg bentuk kelopaknya panjang runcing, warnanya sama juga. Mak Aji lebih suka yang bentuk ini, penuh kembangnya. Yang ajaibnya ciptaan Allah ni, tahu aje dia jam 12 tepat kembang! Akur dia perintah Allah suruh kembang jam sekian!
Assalam Mak Aji...Alhamdulillah ...dpt juga capture sebagai kenangan.
ReplyDeleteSalam Mar,
DeleteSebenarnya Mak Aji ada terlihat bunga bakawali org lain kembang, lantas teringat yg sendiri punya dulu. Korek punya korek ada lagi simpan gambarnya, itu yg terus share kat sini untuk sama2 dinikmati kecantikannya!
Assalammualaikum Mak Aji.
ReplyDeletecantiklah bunga bakawali ini, pernah tengok dalam filem lama je..'gul bunga bakawali'tak ingat ceritanya.Wangi sangatlah agaknya ye.
Waalaukumussalam Puteri,
DeleteTak perasan pulak Mak Aji cerita tu. Wanginya xdelah kuat, tapi memang wangi lembut sahaja, cukup menyegarkan! Lembut wanginya rasanya semacam lembut wangi bunga kesidang (x seperti bunga akar dani yang agak pekat dan sedikit keras!).
Mak Aji, kalau bunga ni dah beranak pinak, semaikan untuk saya, saya nak, nanti kita bincang kos dan penghantarannya, boleh?.
DeleteSalam Puteri,
DeleteBunga yang Mak Aji tunjuk dan yang ada kat rumah ni pokok yang lain. Yg kat rumah ni belum tau lagi warna dan bentuknya. Apapun insya-Allah Mak Aji boleh semaikan untuk Puteri! Sama2 kita tunggu macam mana bunganya nanti ya!
Salam makji
ReplyDeleteHarap2nya pokok bakawali makji nie berbunga banyak2..bunga putih camniemmg cantik..
Salam Ummuaidan,
DeleteAmin, harap2 begitulah!!
As salam mak aji,
ReplyDeleteSaya biasa lihat bunga bakawali yang warna pink. Yg putih suci tak pernah lagi. Apa yg tahu, Semua spesis bakawali bunganya pada waktu mlm dan layu keesokan harinya(pagi). Untuk info, bakawali adalah spesis kaktus.
Salam Adry,
DeleteOh ya ke? Mesti cantik warna tu. Mak Aji belum pula lihat warna tu. Kaktus juga rupanya! Wah, info baru tu! Tq Adry kerana berkongsi maklumat!
Salam mak Aji,
ReplyDeleteKebetulannya!!saya baru je terima keratan daun bakawali dr seorg blogger yg baik hati memenuhi permintaan saya.mmg dah lama saya cari keratan daunnya.esok insyaallah masuk pasu,mlm ni rndm dulu dh x lrt nk semai penat puasa,hehe.nt mak Aji update & share lg perkembangan pokok bakawali mak Aji ye :-)
Side-story:cmbhn blue cornflower saya mcm dah nyawa2 ikan sbb bbrpa hrni sgt pns :'( saya akan try lg..
Salam NarsHIFA,
DeleteBagus tu dah dapat bakawali. Pokok bakawali kat rumah ni belum ada apa-apa tanda untuk berbunga, dok senyap je. Harap blue cornflower selamat!
Assalamualaikum Mak Aji,
ReplyDeleteBersyukur kepada Allah Mak Aji dapat menjaga pokok bunga bakawali ini dan sempat berbunga. Yang bentuk ni saya cari belum dapat2 sampai sekarang. Yang saya ada kelopak kecik dan tidak mempunyai bau.
Tip untuk membolehkan dia sentiasa berbunga...Jangan pindahkan pasu semasa ianya telah berputik kerana pokok ini akan merajuk. Mengikut cerita nenek moyaong saya, ianya hanya akan berbunga kepada org yang bertuah sahaja. Wallahualam.
Saya akan terus berusaha mencari benih pokok BAKAWALI yang berkelopaok besar & harum baunya....
Salam En. Samaun,
DeleteSebenarnya foto di atas ni foto lama, pokoknya dah mati, tak sempat simpan bakanya. Yang ada di rumah sekarang belum pun berbunga, tak tahulah macam mana bentuknya dan sama ada berbau wangi atau tidak. Terima kasih atas petua yang diberikan. Boleh sama-sama dimanfaatkan oleh rakan-rakan pekebun lain juga! Harap pencarian akan berhasil jua akhirnya!