As-salam.
Sesekali tentunya kita perlu melayan diri kita sendiri bukan! Untuk Mak Aji dan juga tentunya rakan-rakan bertanam sekalian peluang ke nurseri cukup bermakna apa lagi jika ada sahaja 'hadiah' yang dibawa pulang! Sepanjang sesi melayan diri hari ini selama beberapa berakhir dengan Mak Aji membawa pulang beberapa jenis tanaman/pokok berikut:
 |
| Terjumpa jenis lili ini, jatuh cinta, terus sambar! |
 |
Dapat juga dibawa pulang hydrangeas versi berdaun hijau tua, keras dan tebal
serta berbunga seperti di bawah! Cuba bandingkan dengan
versi yang belakang yang sedia ada. |
 |
| Ini bunganya untuk jenis berdaun hijau tua, keras dan tebal itu. |
 |
| Empat jenis ati-ati untuk projek sempadan. |
Mak Aji juga terpaksa beli lagi pokok pudina kerana pokok sedia ada hampir mati kerana ditinggalkan beberapa hari semasa balik kampung. Pokok harum sundal malam juga akhirnya diperoleh juga (Ibu Qis, Mak Aji pun dah dapat juga, he he!).
Terjumpanya juga pokok hydrangeas versi sama dengan yang Ina Garten dalam (foto ketiga dari atas) Barefoot Contessa di Astro tanam di lamannya dan pernah dipetiknya untuk gubahan di meja makan - cemburu di hati melihatkan bergugus-gugus bunganya yang cantik itu!
 |
| Cantik kan, bunga dalam bunga ni! Ini bunganya dan di bawah pokoknya. |
 |
| Ini pokoknya (dah lama terimngin sebab suka warnanya dan mudah diperbanyakkan - kerat batang sahaja). |
 |
| Pokok harum sundal malam di kanan dan pokok pandan (Mak Aji minta secara percuma dengan wak tukang jual!). |
 |
| Pokok pudina (atas) serta sepokok jenis keladi. |
Semasa di nurseri juga Mak Aji bertanyakan tentang berapa harga pokok seperti di bawah ini dengan saiz yang sama. Jawapannya RM85! Wah, sudah bagus, pokok-pokok ini Mak Aji beli dahulu baru RM25 sepokok tetapi saiznya jauh lebih kecil!
 |
| Di kanan pintu pagar (luar). |
 |
| Di kiri pintu pagar. |
Last but not least Mak Aji satu pasu yang agak special sedikit seperti berikut:
 |
| Pasu jenis ini boleh diletak di dalam rumah, diisi air dan nyamuk tidak boleh membiak di dalamnya! |