About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label beli pokok. Show all posts
Showing posts with label beli pokok. Show all posts

Saturday, 9 November 2013

Hasil 'Tangkapan' Hari Ini

As-salam.

Alhamdulillah pagi tadi Mak Aji sempat lagi ke nurseri Sungai Buloh untuk membeli tanah untuk projek laman, selain beberapa pokok yang diinginkan. Ini antara hasil tangkapan:

3 jenis herba, thyme, rosemary dan dill, pokok berbunga oren serta ros Jepun.
Tambah stok ros Jepun. Pelbagai warna, RM3 sepolibeg.
Cantik, kan! Terpikat pula yang ini. RM10 sepokok.
Ini bukan hasil tangkapan hari ini, cuma jenisnya lebih kurang sama dengan foto di atas.
Akhir sekali, 22 beg tanah, RM1.50 sebeg (dua percuma daripada Wak - sukanya!).
Harap-harap janganlah hujan petang ini (baru sekejap tadi bunyi guruh) sebab ada projek yang perlu disiapkan.



Monday, 21 October 2013

Layan Diri Lagi

As-salam.

Sesekali tentunya kita perlu melayan diri kita sendiri bukan! Untuk Mak Aji dan juga tentunya rakan-rakan bertanam sekalian peluang ke nurseri cukup bermakna apa lagi jika ada sahaja 'hadiah' yang dibawa pulang! Sepanjang sesi melayan diri hari ini selama beberapa berakhir dengan Mak Aji membawa pulang beberapa jenis tanaman/pokok berikut:

Terjumpa jenis lili ini, jatuh cinta, terus sambar!
Dapat juga dibawa pulang hydrangeas versi berdaun hijau tua, keras dan tebal
serta berbunga seperti di bawah! Cuba bandingkan dengan
versi yang belakang yang sedia ada.
Ini bunganya untuk jenis berdaun hijau tua, keras dan tebal itu.
Empat jenis ati-ati untuk projek sempadan.
Mak Aji juga terpaksa beli lagi pokok pudina kerana pokok sedia ada hampir mati kerana ditinggalkan beberapa hari semasa balik kampung. Pokok harum sundal malam juga akhirnya diperoleh juga (Ibu Qis, Mak Aji pun dah dapat juga, he he!).  

Terjumpanya juga pokok hydrangeas versi sama dengan yang Ina Garten dalam (foto ketiga dari atas) Barefoot Contessa di Astro tanam di lamannya dan pernah dipetiknya untuk gubahan di meja makan - cemburu di hati melihatkan bergugus-gugus bunganya yang cantik itu!

Cantik kan, bunga dalam bunga ni! Ini bunganya dan di bawah pokoknya.
Ini pokoknya (dah lama terimngin sebab suka warnanya dan mudah diperbanyakkan - kerat batang sahaja).
Pokok harum sundal malam di kanan dan pokok pandan (Mak Aji minta secara percuma dengan wak tukang jual!).
Pokok pudina (atas) serta sepokok jenis keladi.

Semasa di nurseri juga Mak Aji bertanyakan tentang berapa harga pokok seperti di bawah ini dengan saiz yang sama. Jawapannya RM85! Wah, sudah bagus, pokok-pokok ini Mak Aji beli dahulu baru RM25 sepokok tetapi saiznya jauh lebih kecil!

Di kanan pintu pagar (luar).
Di kiri pintu  pagar.
Last but not least Mak Aji satu pasu yang agak special sedikit seperti berikut:

Pasu jenis ini boleh diletak di dalam rumah, diisi air dan nyamuk tidak boleh membiak di dalamnya!  



Tuesday, 17 July 2012

Layan Diri ke Nurseri

Pagi ini bertemankan Madihah Mak Aji ke nurseri Sungai Buloh untuk mencari pokok. Sudah lama hendak dibeli pokok pudina sebab yang ada tinggal sedikit (hampir pupus), hendak tambah pokok duranta di balkoni belakang, hendak tinjau pokok orkid (sahut cabaran Nasir - mantan rakan ofis nun di Utara - untuk tanam orkid, tanam ros belum berani sebab takut kurang komited!).

Jam 1.30 petang kami pulang (selepas pekena cendol di situ juga) dengan beberapa biji pasu (yang besar dan juga yang plastik gantung berserta talinya, beberapa beg tanah siap berbaja dan baja pokok), sepuluh pokok duranta, serta dua pasu orkid yang siap berbunga. Mak Aji berkenankan pokok kiambang dan juga pokok lotus tetapi harganya bolehlah tahan juga - lain kalilah. Kalau diikutkan hati, mahu beberapa ketul lagi dihabiskan fulusnya. 

Berikut foto pokok yang dibeli:

Jenis vanda berbunga kuning. Ada setangkai lagi belum kembang.
Setangkai yang hampir kembang sepenuhnya.
Dari dekat, cantikkk!!
Golden shower jenis kelopak besar. Baru kembang dua kuntum.
Golden shower dari dekat.
Dalam entri tentang petua beli pokok, Mak Aji ada menyebut agar kalau beli pokok jangan beli yang berbunga. Masa beli pokok ingat perkara itu, tetapi semua orkid yang dijual berbunga, jadi terpaksalah beli juga yang berbunga. Kalau tidak berbunga, macam mana kita hendak tahu apabila berbunganya macam mana ya??

Golden shower ini rupanya ada tiga peringkat saiznya. Yang ini bersaiz sederhana besar. Rupanya ada lagi yang saiznya lebih besar!

Seterusnya Mak Aji beli pokok kari untuk menggantikan yang sudah tinggal arwah. Hendak dibeli pokok pudina, yang ada yang organik sahaja, RM9.90 harganya. Yang pernah Mak Aji beli hanya sekitar separuh harga di pasar malam. Apapun memang pudina organik pun sebab kita tidak letak racun, cuma baja sahaja.

Pokok kari.
Duranta (daun dua tona warna).
Tambah stok pasu.

Selain beli pokok, Mak Aji sempat merakam foto pokok jenis keladi yang Mak Aji rakam gambarnya dalam entri yang lepas. Bunganya ada sedikit perbezaannya. Kata penjualnya, bijinya boleh dibuat benih! Layan:


Bunga yang ada di rumah ada sedikit berbeza dengan yang di bawah.

Agaknya jenisnya berbeza sebab yang di nurseri daunnya kerkeluk-keluk atau berombak-ombak tepinya manakala Mak Aji punya lurus sahaja. Tak apa, lain kali kita cari yang seperti ini pula ya!


Biji merahnya makin besar.
Lihat biji merahnya yang dikatakan boleh dibuat benih.


Thursday, 2 February 2012

Anting-anting Puteri Indah Berseri

Selepas Zuhur tadi, Mak Aji melayan diri ke nurseri Sg. Buloh - ada beberapa jenis pokok yang hendak dibeli. Antara lainnya, pokok anting-anting puteri (manis namanya!) atau nama biasanya pokok bunga melati.

anting-anting puteri/melati
cantiknya anting-anting bergantungan!
Teringin pula hendak mencuba membonsaikannya! Selain itu, pokok limau purut, bunga melur,

dua pokok bunga melur
sedang galak berbunga
masya-Allah cantiknya!
ni melur jenis baru, berbentuk separuh bulat tanpa cantas
cantik juga bunganya
juga sejenis pokok yang hendak disebut tidak tahu namanya. Mak Aji juga teringinkan sejenis pokok puding yang halus daunnya yang secara semulajadi (tidak dipangkas pun) berbentuk separuh bulatan. Kalau besar pokoknya memang cantik, apa lagi di tanam dalam pasu yang besar! Apapun Mak Aji hendak beli yang kecil sahaja agar harganya kecil!

pokok puding daun halus
bentunya separuh bulatan tanpa cantas
ni pokok entah apa ke namanya
bunganya cantik!
cantik, kan??
Mak Aji juga beli pasu sebab stok di rumah sudah habis. Diintai juga tempayan untuk menadah air hujan tetapi seram pula bila melihat harga sampai beratus ringgit - entah-entah kena berpuas hati dengan tong plastik sahaja! Kenalah tinjau lagi sebab hendak cari yang tidak sampai pun RM100 - pun tidak hendak yang besar sangat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...