About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label pokok pisang. Show all posts
Showing posts with label pokok pisang. Show all posts

Tuesday, 14 May 2013

The Last One Standing

As-salam.

Sekitar minggu lepas Pak Aji membuat operasi tebang-menebang pokok pisang abu di beranda belakang sebab kedudukannya yang betul-betul di sisi beranda agak mengganggu. Sudah lama disebutnya tetapi baru dibuat tindakannya. Dengan bantuan Hamzah, Pak Aji menebang semua pokok kecuali satu yang katanya akan bakal mengeluarkan buah. Hasilnya tiga tandan pisang abu dibawa turun. Hamzah terpaksa naik ke bumbung untuk memotong dua tandan pisang. Kami hanya makan sesisir sahaja dan selainnya dibahagi-bahagikan kepada saudara-mara serta jiran tetangga - sekampung kenduri pisang!

Sebelum itu anak pokok juga dialih ke tempat lain untuk menyimpan baka agar tidak hilang terus. 

The last one standing!
Tinggallah tunggul sahaja.
Entah apalah projek yang akan dibuat sebagai ganti, kolam ikankah atau apakah??? Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal berlaku!


Saturday, 9 February 2013

Update Pisang Lagi

As-salam.

Kalau dalam beberapa entri lalu Mak Aji kata ada tiga tandan pisang sedang berbuah, rupa-rupanya ada empat kesemuanya! Ini dia:

Ini tandan pertama yang akan matang dahulu.

Tandan kedua.
Tandan ketiga.
Tandan keempat!

Jenuhlah makan pisang nanti!!


Saturday, 1 December 2012

Update tentang Pisang Abu

As-salam.

Pokok pisang abu sudah mula mengeluarkan buah yang agak banyak dalam setandan. Insya-Allah akan menjadi habuan isi rumah ini nanti dalam bentuk pengat pisang, pisang sira dan pisang goreng!:

Pisang abu.



Thursday, 22 November 2012

Pisang Berbuah Lagi

As-salam.

Pagi ini Pak Aji tunjukkan pokok pisang belakang rumah yang berbuah lagi. Sebenarnya sekarang ada lima pokok besar yang menunggu untuk berbuah dan ini yang pertama berbuah. Selebihnya anak-anak pokok yang bakal dipindahkan ke sudut hujung depan rumah. Ini kerana tempat pokok pisang sekarang bakal diganti dengan projek lain - entah apalah nanti rancangan Pak Aji.

Kumpulan pokok pisang ini cukup tinggi melepasi bumbung rumah, jadi untuk mengambil foto terpaksalah mendongak dan zoom kamera. Yang menariknya bunga pisang boleh tahan juga cantiknya. Saksikan:

Saiz jantung pisangnya boleh tahan besar!
Ini tandannya lagi.
Ini bunganya, cantik kan!



Saturday, 21 April 2012

Pokok Pisang Kena Kepung

Mak Aji sedang membuat ubah suai rumah - masih ada sedikit lagi yang belum siap. Beberapa batang potong pisang batu terpaksa kami korbankan untuk membuat laluan kepada (washing area mengikut rancangan asal Pak Aji tetapi bertukar menjadi) outdoor family living - tempat tengok bulan kata Pak Aji - apa-apalah Pak Aji !! 

Oleh kerana masih sayang kepada pokok pisang yang telah banyak berbakti, maka kami simpanlah juga beberapa pokok untuk kami tuai hasilnya nanti. Walau bagaimanapun dek kerana pokoknya terlalu subur dan membesar hinggakan bahagian pangkalnya boleh sampai saiz sepemeluk (betul!!), maka kami terpaksa kepung kawasannya agar pertumbuhan anak pisang terkawal (come to think of it, bolehlah kita kawal??). Inilah kepungan yang dibuat:

Inilah kepungan pokok pisang. Terkepungkan??
Ini pula pokok pisang yang terakhir berbuah setelah enam pokok pisang terdahulu berbuah serentak:

Last train. Pokok besar yang terakhir berbuah. Yang lain tinggal anak pisang yang lambat lagi akan berbuah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...