About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label cili api putih. Show all posts
Showing posts with label cili api putih. Show all posts

Saturday, 31 May 2014

Yang Meluyut Lagi

As-salam.

Pokok mangga cokanan sedang berbuah lebat dan sesetengahnya sudah pun menjadi habuan sang tupai yang sering berkunjung. Setakat ini masih belum kami tuai untuk habuan tuannya:

Mangga cokanan yang lebat buahnya.
Alhamdulillah banyak betul cilinya. Inipun tinggal yang putih sebab yang jingga dan merah sudah
disambalbelacankan semalam! Cukup bengis sambalnya!




Wednesday, 28 May 2014

Stok Simpanan Mulberi

As-salam.

Buah mulberi sudah tiga kali dipetik. Ada ketika buahnya tidak sebanyak mana, seperti yang dua kali yang sudah dibuat stoknya. Alhamdulillah rezeki mulberi pada hari ini cukup lumayan, jauh lebih banyak daripada stok sedia ada:

Tuaian mulberi bersama-sama dua batang kacang panjanggg serta dua jenis cili api.
Stok daripada dua kali petik.
Keseluruhan stok mulberi - masuk terus ke freezer!
 
Insya-Allah buah dipokok boleh dibuat tuaian sekali dua lagi sebelum habis. Setelah itu dahan-dahan akan dicantas lagi untuk menggalakkan pertumbuhan tunas dan juga buah baru. Nanti bolehlah Mak Aji cuba untuk masak pucuk mulberi pula! 



Tuesday, 13 May 2014

Taugeh dan Cili Api Putih Dimanfaatkan

As-salam.

Seperti yang Mak Aji sebut sebelum ini taugeh biasanya Mak Aji buat ulam sahaja sebab rasanya rangup dan manis. Selain itu baki taugeh yang disimpan Mak Aji masak tumis dicampur dengan sedikit sayur lain. Alhamdulillah siap menu makan tengah hari yang agak simple:

Baki taugeh selepas dibuat ulam.
Sebahagian cili api putih untuk dihasilkan ayam masak lemak cili api (cili ini kurang pedas berbanding cili padi).
Taugeh masak tumis.
Ayam masak lemak cili api.
Pak Aji goreng ikan pekasam (ikan sungai - kelah agaknya) sebagai lauk sampingan. Alhamdulillah cukup berselera kami makan!





Tuesday, 18 March 2014

Tuaian Hari Ini

As-salam.

Alhamdulillah dengan hujan yang turun membasahi bumi sehari dua ini langit cerah dengan hanya segelintir sahaja jerebu. Bolehlah kita menarik nafas lega! Tukang kebun pun bolehlah berehat daripada tugas menyiram pokok! Cukup sekadar memerhati betapa bersyukurnya tanaman dan haiwan juga sekitar laman juga atas curahan air anugerah Illahi!

Cuaca kering sejak sebulan dua ini sedikit sebanyak menjejaskan hasil tuaian. Buah mulberi kurang banyak buahnya dan saiznya juga kecil-kecil berbanding biasa. Stok mulberi di dalam peti ais cuma sedikit sahaja. Yang di pokok masih belum cukup masak untuk dibuat tambahan stok. Lama lagilah nampaknya boleh merasa sirap mulberi!  - rindulah nak minum sirap mulberi! 

Apapun berikut alhamdulillah hasil tuaian pagi ini, walaupun sedikit cuma!:

Dua biji buah kemunting, sedikit cili ungu, sedikit cili putih (yang masaknya oren) serta cili burung. Alhamdulillah!
Di sebelah petang pula Pak Aji memetik 4 biji betik berikut:




Alhamdulillah lengkaplah tuaian hari ini!


Saturday, 11 January 2014

Cili Api Putih

As-salam.

Tidak lama dahulu semasa Pak Aji balik kampung dia ada membawa balik benih cili api putih. Alhamdulillah pokoknya sudah mula mengeluarkan cili putihnya yang kurus-kurus dan panjang. Setakat ini belum diuji sama ada pedas atau tidak. Mak Aji juga kurang pasti apa nama jenis cili api ini. Ada sesiapa yang tahu apa nama jenisnya??

Cili api putih.
Perlu diuji dengan budu, ada ngam atau tidak!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...