About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label susu kambing. Show all posts
Showing posts with label susu kambing. Show all posts

Monday, 21 November 2011

Bunga di Laman

Pagi semalam, berbekalkan kamera baru, Mak Aji testing ambil gambar pokok dan bunga-bunga di laman. Ini hasilnya:

Kudup bunga jarum tujuh bilah

Bunga daisy

Bunga butang

Bunga tudung periuk

Lagi bunga tudung periuk

Kudup kemboja merah

Closer look - kemboja merah

Bunga ixora

Lagi tudung periuk sekuntum

Bunga liar

Pokok tepi pagar

Bunga orkid? Kurang pasti.

Susu kambing

Susu kambing lagi

Susu kambing juga

Keluarga besar gapi

Gapi - cukup rajin membiak!

Berenang cari makan

Gapi lagi
Amacam, gambar lebih baiklah daripada dahulu, alhamdulillah!

Wednesday, 7 September 2011

Tanaman Keliling Kita

Setiap penyakit itu ada ubatnya. Seringkali apabila kita ditimpa penyakit, kita akan berharap kepada perubatan moden untuk mengubatinya. Apabila perubatan moden gagal atau kurang berkesan, kita seolah-olah terlupa akan perubatan menggunakan alternatif lain. Sedarkah kita yang di sekeliling kita ada tumbuhan yang antara lain Allah jadikan ubat! Pernah dengar tumbuhan sirih cina/sirih air dan susu kambing? Kedua-duanya dikatakan dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol! Cuba lihat gambar tumbuhan di bawah!

Sirih cina atau sirih air


Susu kambing
Kedua-dua tumbuhan ini kebiasaannya ada di sekitar rumah kita. Anda akan menemuinya apabila anda membuang rumpai yang tumbuh di dalam pasu bunga atau di sekitar pokok bunga yang ditanam di tanah. Saya biasa terjumpa dan sebelum mengetahui manfaatnya saya membuang sahaja. Saya dimaklumkan bahawa jika daun-daun ini dicampurkan dengan dukung anak, dibuat teh dan diminum apabila tekanan darah dan kolseterol naik, nescaya kedua-duanya boleh turun! Cubalah amalkan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...